30 November 2014

Ibu Bapa Perlu Menjaga Anak-anak Sepanjang Hayat

IMG-20141129-WA0054
MARANG – Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang berjaya menunaikan amanah melaksanakan Majlis Berkhatan beramai-ramai dengan jayanya.
Majlis yang dianjurkan bersama dengan Jawatankuasa Surau Kampung Baru Sungai Kerak itu mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 55 orang kanak-kanak.


Anak-anak yang akan memasuki gerbang ‘lelaki’ itu telah diarak mengelilingi kawasan perumahan berhampiran sebelum mereka disimbah oleh pancutan air oleh pihak Bomba dan Penyelamat.
IMG-20141129-WA0052Menurut Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN Cikgu Haji Harun Bin Jusoh, ia dilakukan demikian bagi mengurangkan tekanan dan ‘darah gemuroh’ kepada anak-anak tersebut.
Beliau juga menasihati ibu bapa dan masyarakat agar mengambil berat dan menjaga anak-anak setiap masa, bukan hanya sewaktu mereka ‘bersunat’ sahaja.
“ibu bapa dan masyarakat umumnya, jangan hanya menjaga anak-anak ketika mereka ‘bersunat’ (khatan) sahaja, selepas itu tidak ‘cara’ (peduli) dan membiarkan anak-anak (tanpa panduan dan nasihat),
“sebaliknya ibu bapa seharusnya menjaga anak-anak itu sehingga bila-bila (sepanjang hayat),”jelas beliau.
Sehubungan itu, Pemuda Rhu Rendang Ahmad Faizal Ghani berkata, program Berkhatan Beramai-ramai itu akan diteruskan dan dijadikan acara tahunan.
“Insyaallah program seumpama ini akan diteruskan lagi (sebagai acara tahunan) pada masa yang akan datang”.
“Akhirnya saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Para Medik, Ibubapa, Jabatan Bomba dan Peyelamat,PASAK dan semua yang mnjayakan program pemuda kali ini,”kata Faizal selaku Setiausaha Pemuda DUN dalam hebahan melalui laman sosialnya.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018