25 November 2014

Isu Banjir Perlu Kepada Penyelesaian Segera

20141122_110813KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menggesa kerajaan menyelesaikan masalah tebatan banjir, perparitan dan saliran secara jangka panjang, bukannya bersifat sementara.
Beliau yakin dengan cadangan penyelesaian yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menghadapi masalah yang dihadapi beberapa taman perumahan di kawasan Gong Badak dan sekitarnya.


“bagi isu (tebatan banjir) di Taman Pusu 3, kita telah kemukakan soalan ini ketika Sidang (DUN) yang pertama (kalau) tidak silap saya, supaya pihak kerajaan membuat satu penyelarasan,
“supaya tebatan banjir yang telah dibina bukan dalam bentuk sementara tetapi ia memberi terus kepada penyelesaian (jangka panjang) yang saya sifatkan peparitan itu berdasarkan proposal yang dibentangkan oleh pihak JPS sudah cukup bagus,”jelasnya.
Beliau turut mendesak agar pihak kerajaan memberikan keutamaan kepada perlaksanaan projek-projek mengatasi masalah banjir tersebut dengan memasukkan dalam bajet serta perancangan.
20141120_174329 (2)Ustaz Hishamuddin yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus berkata demikian ketika mengulas isu banjir yang berlaku di kawasan yang beliau wakili dan tebatan yang pecah di Taman Pusu Tiga.
Menurutnya, penyelesaian ‘berbentuk sementara’ tanpa perancangan yang dibuat setelah rakyat menghadapi kesukaran bencana tersebut hanya akan mengundang kerugian pada masa depan.
“jangan menunggu rakyat berdepan dengan kerugian hampir setiap tahun baru terfikir untuk meneruskan projek-projek penyelesaian kepada rakyat ini.
“Jadi, saya harap ia berlaku secara seimbang, tebatan banjir di (Taman) Pusu 3, menelan belanja RM5.6 juta. Tapi sifatnya sementara……jadi saya melihat lebih baik kita buat penyelesaian secara menyeluruh menggunakan satu kos dan secara menyeluruh. Bukannya membuat ‘secara beruncit’ (dari satu) tempat ke satu tempat,”katanya.
Beliau berkata, ia sesuai dengan kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang membawa slogan ‘Transformasi Terengganu Baru’, kemudahan perparitan, saliran dan tebatan banjir bagi taman-taman perumahan sekitar Gong Badak pelu diselesaikan segera.
“Saya yakin (dengan ) perparitan ini dapat diselesaikan…….. kemudahan yang disediakan kepada rakyat yang berada di persekitaran termasuk di (Taman) Pusu Tiga, Taman Seri Embun yang berdepan dengan kesan banjir dan limpahan air dan kesukaran untuk mencari jalan keluar untuk tidak bertakung dalam kawasan perumahan.
“Saya minta pihak kerajaan serius menangani isu ini khususnya di bawah kepimpinan Menteri Besar baru, yang membawa slogan ‘Tranformasi’ sangat perlu untuk membuat penyelesaian segera,”tegasnya

Tiada ulasan: