Jalan Kampung Rosak Teruk Perlu Tindakan Segera


alias harun2 (2)DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun menggesa tindakan segera diambil oleh pihak berwajib untuk membaiki Jalan Kampung Paya Balai Besar yang rosak teruk.
“jalan ini yang digunakan (oleh) sebahagian besar daripada penduduk (kawasan ini) untuk ke sekolah dan untuk laluan (urusan) harian………….. sepanjang 2 km ini memerlukan perhatian pihak berwajib,


“jalan yang rosak dan air bertakung selepas hujan menyukarkan laluan oleh pengguna jalanraya samada motorsikal atau kereta,”ujarnya.
alias harun1Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kawasan tersebut pada Isnin 3 November, setelah mendapat makluman dari penduduk setempat.
Menurutnya, jalan tersebut perlu diberi perhatian segera memandangkan ramai anak-anak kampong terbabit yang menggunakan laluan itu untuk berbasikal ke sekolah.
“lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang menggunakan basikal ke sekolah menengah dan rendah…………….Harap pihak berwajib mencari jalan untuk selesaikan masalah ini,”jelasnya.
Katanya, beliau telah pun memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan akan mengemukakan sendiri laporan kepada pihak Jabatan Kerjaraya Daerah Dungun serta Majlis Perbandaran Dungun (MPD).

Ulasan