Jangan Leka


wan hapandiDUNGUN – Pengarah Jawatankuasa Tindakan Banjir PAS Kawasan Dungun, Yang Berhormat Wan Hapandi Wan Nik, mengulangi gesaan beliau agar penduduk yang mendiami kawasan berisiko tidak leka dan terus mengikuti perkembangan maklumat banjir dari masa ke semasa.
“Walaupun bacaan paras air dibeberapa batang sungai utama di kawasan Dungun berada di bawah paras berjaga-jaga dan hujan turun sekejap-kejap, risiko banjir masih lagi berada dalam zon yang dikatakan musim tengkujuh.


“Daerah Dungun belum dilanda banjir musim ini, hanya beberapa tempat dinaiki air seperti kampung Nyiur baru-baru ini, namun keadaan masih terkawal dan sekejap sahaja,”ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura berharap sangat ibu-bapa di kawasan pantai dapat mengawasi seluruh anak dan keluarga apabila berada di pantai kerana keadaan laut dan ombak tidak menentu. Nelayan juga perlu berwaspada bila turun ke laut mencari rezeki dengan keadaan tengkujuh ini terutama nelayan pantai yang menggunakan bot kecil.
Begitu juga dengan aktiviti riadah di kawasan air terjun dan tasik terutama di kawasan perkelahan di Hulu Dungun, beliau menasihati pengunjung mengelakkan dari sebarang risiko bila berada di sana dengan keadaan hujan tidak menentu.

Ulasan