
Masakan tidak, apabila datang musim tengkujuh, cerita yang sama berulang-ulang iaitu Taman Mas, akan dinaiki air yang menyebabkan sebahagian rumah yang terletak di tanah rendah di situ, akan dimasuki air.

Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turut berada di Taman Mas berkata kajian tentang sebab-sebab banjir berlaku, pernah ditanya beliau ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Tetapi malangnya kajian tinggal kajian dan tiada kajian yang dibentangkan bagi mencari punca dan penyelesaiannya setakat dalam pengetahuannya.
“Saya pernah meminta bagi membuat kajian berkenaan punca banjir sentiasa berlaku dan dibentangkan bagi mencari penyelesaiannya.

Saya yakin penduduk Taman Mas ini memerlukan parit yang besar di belakang taman mereka bagi mengatasi masalah air naik di kawasan mereka.
Hal ini perlu disegerakan, tidak sepatutnya mereka menerima lagi nasib yang sama tahun hadapan dengan sebab yang sama.
Kerajaan perlu bertindak segera membantu mereka,” tegas beliau.
Sementara itu, daripada maklumat yang didapati, masalah pembinaan parit ini telah lama diajukan kepada kepada kerajaan oleh wakil-wakil rakyat Bukit Payong suatu ketika dahulu.
Tetapi sehingga sekarang, entah dimana silapnya, perlaksanaannya belum dilakukan, malah status perancangannya tidak diketahui oleh penduduk Taman Mas itu.
Ulasan