
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil Abd Hadi begitu teruja dengan kesungguhan para Pemuda, Unit Amal dan PASAK yang gigih menyelesaikan misi mereka pada hari tersebut.

“Kita dapat kumpulkan tenaga Pemuda, AMAL dan PASAK dari kawasan dan dun Bukit Payung dalam operasi kali ini. Semuanya berjalan lancar. Operasi pembersihan Fasa 1 ini diadakan bagi membantu mangsa banjir berpindah dan mengangkut barangan mereka ke tempat selamat agar tidak rosak terkena banjir,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui, selepas bersama-sama berganding bahu dengan para pemuda dalam operasi terbabit pada Jumaat, 21 November.
Operasi yang berlangsung seharian suntuk telah berjaya membersihkan sebanyak 35 buah rumah di taman tersebut.
Selain Ustaz Khalil, ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah juga turut ‘menyingsing lengan’ membantu dan menyantuni mangsa-mangsa banjir.
Ulasan