08 November 2014

Khatan Beramai-ramai 2014; Percuma Untuk Anak Yatim

IMG_20141108_081624
MARANG – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang akan menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai bersempena cuti penggal persekolahan sesi 2014 ini.
Program tersebut yang akan berlangsung pada Sabtu, 29 November depan, bermula jam 8.30 pagi bertempat di Surau Kampong Baru Sungai Kerak, Bandar Marang.


IMG-20141108-WA0001Pengarah program Azlan Wahab berkata,Penyelaras Pemuda DUN Ru Rendang melalui Lujnah Kebajikannya diberikan amanah untuk melaksanakan program tahunan tersebut.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda DUN berkata, selain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim antara PAS dengan masyarakat, program tersebut adalah merupakan satu persiapan penting bagi peralihan mental dan fizikak anak-anak ke alam remaja .
“ia adalah aktiviti tahunan Pemuda DUN dan berharap dapat menarik penyertaan lebih ramai peserta pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini,
“dan kami menawarkan yuran yang amat rendah iaitu RM50 seorang dan memberikannya sebagai khidmat percuma kepada Anak yatim,”jelas beliau.
Menurutnya, program berkhatan itu merupakan sebahagian tanggungjawab sosial ‘PAS For All’ yang meletakkan motif ‘Negara Berkebajikan’ dalam setiao kerja kemasyarakatan.
Oleh itu, beliau berkata, ibu bapa penjaga yang berminat untuk menyertai program ini dengan menghubungi Setiausaha Pemuda DUN Rhu Rendang, Faizal Ghani ditalian 0139704913 atau Pengarah Program Azlan Wahab ditalian 0169306661.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018