18 November 2014

MTD Tepoh ‘Aktifkan’ Bilik Gerakan Banjir


IMG-20141118-WA0145KUALA NERUS – Beratus-ratus buah rumah telah pun dinaiki air dan dalam keadaan bersiap-siap untuk berpindah sekiranya hujan lebat berterusan pada malam ini.
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, terutamanya di kampung Gong Badak, tiga kawasan perumahan telah dilanda banjir.
“Pusat pemindahan di Sekolah Menegah Kompleks Gong Badak Perpidahan sedang rancak sekarang, di kampung Gong Datuk banyak rumah dah dinaiki air tapi masih dalam ‘mode stanbye’,”lapor seorang petugas Jabatan Amal, Ahmad Muzakkir kira-kira jam 7.00 petang, Selasa 18 November.


IMG-20141118-WA0117Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Tepoh, Ustaz Hidhamuddin Abdul Karim telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir DUN tersebut berkuatkuasa mala mini.
“(kita) akan ‘activate’ (aktifkan) Bilik Gerakan Banjir DUN Tepoh di Pusat Khidmat kita pada malam ini jugak. Mobilasi petugas akan dimulakan dari situ. Tenaga Amal Kuala Nerus tidak mencukupi.
“Perlu khidmat dari lain ekoran banyak tempat dilanda banjir. Satu rumah operasi telah dihidupkan di Taman Baruh Seri Tanjung, blkg Sek Kompleks Gong Badak,”katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kira-kira jam 7.30 malam, sebentar tadi.
Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Operasi Banjir PAS Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim mengesahkan perkara tersebut.
IMG-20141114-WA0065
“saya dah ‘confirm’ (sahkan dan sudah bercakap) dengan Komandan Amal, bantuan Unit Amal dah dihantar ke Tepoh. Unit 4×4 (pacuan empat roda) juga dah diarahkan ke Gong Badak,”ujarnya ketika di hubungi.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...