
Orang muda menjadi aset kepada negara dan pelapis kepada generasi akan datang. Baik acuannya dari awal, maka kebaikan lah yang akan dituai kelak.

Namun kini, Ameerah terutamanya mula bergiat cergas mendampingi masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, melalui program “Ameerah Care”.
Dukacita dengan musibah yang melanda mangsa-mangsa banjir ini, Ameerah Terengganu dan Briged Muslimat Terengganu mula melancarkan kempen Sukarelawan & Bantuan Banjir.
Ketua Ameerah Terengganu, Puan Zuraida Md Noor ketika diminta mengulas kempen ini amat mengharapkan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak.
“Kita bersimpati dengan musibah yang melanda mereka. Oleh kerana itu kami sentiasa membuka peluang kepada para dermawan untuk memberi sumbangan berupa barangan dapur mahupun kewangan,”ujar beliau.

Menurut beliau lagi, ini lah antara sumbangan mereka untuk sama-sama mendapat saham pahala dari Allah, selain dapat beramah mesra dengan masyarakat umum.
Kempen Sukarelawan dan Sumbangan Banjir ini dibuka sepanjang tempoh musim tengkujuh ini.
Diharapkan agar muslimat muda di luar sana, merasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang bakti dan tenaga kepada yang memerlukan. Fastabiqul khairaat!
Ulasan