19 November 2014

Parit dan Saliran Tersumbat Punca Banjir Di Kubang Tangga


IMG-20141118-WA0147(1)KUALA TERENGGANU – “Kita sedih melihat perkara yg berulang bila musim hujan, saliran parit yang tidak di selenggara dengan baik menyebabkan banjir (berlaku) di kawasan yang tidak sepatutnya”.
Itu adalah antara luahan hati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut sewaktu turun meninjau ke Kampung Kubang Tangga semalam, Selasa 18 November.
Rata-rata, banyak rumah di kampung tersebut di tengelami air sehingga paras lutut, ekoran hujan yang turun berterusan sejak Jumaat lalu.


Tinjauan yang dibuat mendapati parit dan saliran tersumbat dan menjadi cetek, menyebabkan, walaupun hujan turun sekejap, air cepat melempah.
“apatah lagi hujan lebat dan berterusan dua tiga hari, ‘koho’ melimpah,”ujar seorang penduduk, Haji Awang Razak, ketika ditemui.
Sementara itu, penduduk kampung bersebelahan, Kampung Pulau Musang telah mengambil langkah sendiri, memberihkan parit dan saliran, setelah pihak bertanggungjawab gagal melaksanakan tugas.
“kami penduduk kampung (Pulau Musang) terpaksa gotong royong untuk bersihkan parit sebab dah sumbat sangat, penuh dengan tumbuhan dan sampah,
“kalau tak bersihkan, hujan lebat turun cepat je naik air,”ujar Hamdan Ahmad, penduduk kampung terbabit, ketika dihubungi.
IMG-20141114-WA0065

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...