21 November 2014

PAS Kawasan Dungun Sedia Hadapi Tengkujuh


IMG-20141121-WA0042DUNGUN -| Seperti kelaziman dan pengalaman tahun-tahun yang lalu, Pas Kawasan Dungun telah mengerakan segera seluruh tenaga manusia dan kelengkapan untuk hadapi sebarang kemungkinan.
Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun YB Wan Hassan Md Ramli telah mengarahkan seluruh jentera parti, seperti Dewan-dewan , jawatankuasa kebajikan dan ngo-ngo yang sedia ada dengan pengalaman dan kepakaran tersendiri.


IMG-20141121-WA0041Katanya, ” Ini satu gerakerja yang memerlukan komitmen yang tinggi dan pergorbanan semua orang. Ini soal kehidupan kita yang hadapi saat ujian bencana ini.
Lojistik dan keperluan asas gerakerja perlu diselaraskan agar tidak mengundang kepayahan kepada mangsa banjir terutama keselamatan.
Ingatan kepada petugas agar tidak mengamalkan sebarang sikap diskriminasi dalam segala gerakerja ini”. Katanya lagi.
YB Wan Hapandi Wan Nik selaku Pengarah Operasi Banjir Pas Kawasan Dungun, mengharapkan stuktur lengkap Jawatankuasa ini melaksanakan amanah gerakerja ini dengan ikhlas dan mendapat keredhaan Allah sepanjang tugasan ini.
Sebahagian besar mereka yang berada di posisi tertentu adalah mereka yang terbukti dan berpengalaman dalam hadapi situasi banjir terutama di Hulu Dungun.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...