
Oleh
itu, perbezaan pendapat dalam PAS bukan satu perpecahan, kerana fikrah
yang jelas merupakan tunjang perjuangan yang termaktub dalam al-Quran
dan as-Sunnah, yang menjadi pegangan PAS.

“Kita (PAS) mempunyai kekuatan yang tersendiri dan mampu menghadapi gelombang cabaran yang pelbagai kerana dasar perjuangan kita adalah Islam. Kepimpinannya juga kuat berpegang kepada Islam dan dengan adanya Majlis Syura Ulamak yang menjadi pemegang polisi parti ini,
“Ahli PAS juga sentiasa ditarbiyyahkan untuk menjadi pengikut yang baik. PAS juga memberi mandat sepenuhnya kepada kepimpinan untuk membuat keputusan dalam merangka taktik dan strategi parti,”ujarnya ketika merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS, di sini pada Jumaat 28 November.

Turut menyampaikan ucapan dalam pembentangan bagi menghadamkan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar ke-60 di Batu Pahat pada September lalu adalah, Timbalan Pesuruhjaya (I) Dr Alias Razak dan Yang Dipertua PAS merangkap Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Wan Ramli.
Justeru, Haji Yahaya menyeru agar semua jentera PAS terus beristiqamah memperjuangkan Islam sebagaimana arahan Preisden yang jelas, melalui tema Ucapan Dasar itu.
Sehubungan itu, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menegaskan, ahli-ahli dan penyokong PAS dituntut memahami isu-isu dasar yang berkaitan kehidupan rakyat.
Antaranya, menurut beliau adalah isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak dan Royalti Petroleum.
“ahli PAS (dan enyokong PAS) sepatutnya cakna dan hadam dengan isu semasa seperti isu GST, kenaikan harga minyak dan Royalti Petroleum agar dapat memberi kefahaman kepada rakyat,
“serta mampu berhujah dengan Umno-BN dengan sebaiknya,”katanya.
Ulasan