24 November 2014

Penduduk Bersihkan Longkang Sendiri Kerana Tiada Tindakan Kerajaan


IMG-20141122-WA0134MARANG – Dek kerana tiada tindakan dari pihak berkuasa ke atas aduan yang telah dibuat berkenaan longkang tersumbat, beberapa penduduk Kampung Sungai Atas Tol dekat sini telah mengambil inisiatif sendiri, membersih longkang beramai-ramai.
Mereka melakukan kerja pembersihan itu secara bergotong-royong itu kerana aduan yang di buat oleh Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Ustaz Mohd Nor Hamzah kepada pihak berkuasa sejak hampir sebulan lalu, tidak mendapat respon.


IMG-20141122-WA0135Berkebetulan pula dengan musim tengkujuh ini, maka kebimbangan mereka air akan bertakung di atas jalan semakin tinggi, yang mana kemalangan telah banyak terjadi sebelum ini kerana air bertakung di atas jalan itu.
Langkah proaktif ini mendapat pujian daripada YB Ustaz Mohd Nor kerana para penduduk begitu serius memikirkan keselamatan pengguna jalan tersebut dan mendoakan agar sukarelawan ini dikurniakan pahala oleh Allah.
Beliau juga kesal kerana aduan daripada seorang wakil rakyat sepertinya tidak diendahkan oleh pihak berkuasa tempatan, sedangkan perkara itu melibatkan keselamatan rakyat yang menggunakan jalan itu.
“Beberapa minggu lepas, saya telah membuat aduan kepada pihak kerajaan untuk selesaikan masalah penduduk di jalan Kampung Sungai Atas Tol yang sentiasa mengalami banjir.
Tetapi malangnya tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan.
Sudah banyak kemalangan berlaku di jalan ini terutamanya apabila ia dinaiki air,” ujarnya kesal.
Menurut penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan itu, punca sebenar air bertakung ialah kerana longkang baru yang dibuat, tidak dapat berfungsi mengalirkan air dengan baik.
Oleh kerana sebelahnya tersumbat, maka air akan bertakung di kawasan tersumbat itu dan apabila kenderaan datang, ada yang mengelak air tersebut lalu ada yang bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.
Kerja-kerja pembersihan longkang itu diketuai oleh Ketua Cawangan PAS Atas Tol, Haji Abdul Haris Abdul Malik dengan disertai seramai lima orang sukarelawan dari cawangan yang sama.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018