05 November 2014

Persiapan Banjir; 200 Sukarelawan Sedia Berkhidmat


IMG-20141105-WA0013KEMAMAN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai sudah membuat persiapan rapi bagi menghadapi musim tengkujuh dan bencana banjir pada tahun ini.
Pengarah MTD Chukai, YB Haji Hahafiah Mat berkata, Jawatankuasa Banjir peringkat DUN telah pun diaktifkan dan Ketua Pemuda Mahadi bin Mahmud telah diamanahkan mengetuai Jawatankuasa tersebut.
“bagi menghadapi banjir tahun ini kami telah menubuhkan Jawatankuasa Banjir (yang) diketuai (oleh) Mahadi bin Mahmud,


“seramai 200 orang para sukarelewan yang terdiri daripada para pemuda, amerah, muslimat dan aktivis PAS telah bersiap siaga mengalas tugas masing-masing,”ujarnya.
Menurut beliau, antara kelemahan paling ketara pada operasi banjir tahun lepas ialah apabila bencana luar jangka melanda dan persiapan mendepaninya tidak mencukupi.
Ramai mangsa yang kelaparan dan tidak dapat menjamah makanan sehingga tempoh dua hari kerana rumah mereka tenggelam seluruhnya.
IMG-20141105-WA0010“maka tahun ini satu Unit Khas Bahagian Perbekalan telah ditubuhkan di pengerusikan aktivis Hj Abu Bakar Salleh,
“bagi memastikan mangsa banjir dibantu dan diselamatkan, setiap cawangan (PAS) diminta menyediakan bot,”jelas Haji Hanafiah.
Beliau yang juga ADUN Chukai berkata di peringkat Parlimen Chukai, PAS telah membeli dua buat bot ‘kaca gantian’ (Fiber glass) dengan kos RM13, 0000.
Katanya, pihsk beliau juga telah membuat pertemuan dengan Kumpulan Radio Amatur Kemaman dan Kelab Pacuan Empat Roda (4WD) serta Jawatankuasa Tindak Kecemasan ( Emergency Response Team – ERT).
“Namun begitu kami juga mengadakan solat hajat mohon supaya Allah SWT memberikan keselamatan dan tidak menurunkan bencana banjir pada tahun ini,”tambahnya

Tiada ulasan:

Pecutan Akhir Persiapan HARAP 3.7

Oleh : Khairul Nizam Abdullah SETIU - Persiapan terakhir bagi menjayakan program Himpunan Harapan Semua (HARAP) - PGU 3.7 Setiu sedang ...