11 November 2014

Rumah Untuk Keluarga Miskin; PAS Kuala Besut Laksana Negara Berkebajikan


kam3073(c)-rumah3KUALA BESUT – PAS membuktikan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ bukan ‘retorik’ politik untuk meraih undi, namun melaksanakannnya walaupun belum diberikan kemenangan dan memerintah negeri Terengganu.
Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata telah banyak konsep kebajikan yang dilaksanakan oleh PAS berbanding Umno.


Menurutnya, banyak bantuan telah diberikan pada penduduk setiap DUN yang dimenangi PAS seperti rawatan percuma, sumbangan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan menyiapkan sebuah rumah kediaman.
kam3073(a)-rumah“Hakikat dan realitinya, kita (PAS) telah mengamalkan konsep ‘Negara Berkebajikan’ yang telah banyak disempurnakan sebelum ini dan yang terbaharu, kita buat rumah siap 100 peratus untuk orang yang sangat miskin.
“PAS sahaja yang mampu buat rumah ‘percuma’ untuk orang yang sangat miskin berbanding dengan Umno.
“Umno tidak pernah buat (siap) walau pun sebuah rumah kepada orang termiskin tetapi yang dibuat adalah guna peruntukkan kerajaan negeri dan Persekutuan.
“Jika kita (PAS) diberi mandat baharu oleh rakyat untuk menerajui kerajaan negeri, perkara (kebajikan) ini akan diutamakan kepada rakyat yang susah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kunci sebuah rumah yang siap dibina kepada keluarga Ubaidillah Ismail di Kampung Pantai Kuala Besut oleh pihak MTD PAS berkenaan.
Menurutnya, konsep rumah yang mampu PAS tawarkan dengan kos lebih kurang RM20,000 iaitu rumah dua bilik bagi ibubapa dan anak-anak.
Namun, katanya masih ada baki ruang tanah yang boleh ditambah kemudian menjadikan tiga bilik agar menepati konsep Islam.
Dalam DUN Sura, PAS telah menyiapkan rumah Mohd Sazlly Najalhi dan pasangannya, Salina Abu Bakar dikampung Sungai Buaya, serta tiga orang anak mereka terpaksa tinggal di kandang kambing terbiar kerana tidak mampu untuk membina kediaman sendiri.
Dalam DUN Paka, telah lebih lima buah rumah bantuan dibina dan diserahkan kepada keluarga yang dhaif sejak sebelum pilihanraya umum ke -13 lagi.
Antaranya adalah membina dan menyiapkan sebuah rumah lengkap untuk menggantikan ‘rumah kotak’ Siti Azma di Kampung Telaga Mas, Paka, dekat sini bermula pada Ahad 10 Februari, 2013.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018