Segera Gali Sungai Pintasan Elak Banjir Buruk Berulang


Screenshot (402)KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia kerana telah membina jambatan ‘taktikal’ bagi kegunaan sementara warga Chukai merentasi Sungai Limbong.
“Dan Sungai Limbong, jambatan Sungai Limbong sudah pun siap sebelahnya dan hari ini kita membuka balik jambatan yang telah dibina, jambatan sementara.


“Saya wakil bagi pihak chukai mengucapkan terima kasih kepada tentera yang telah memberikan kerjasama membina jambatan sementara selama hampir saya rasa dalam sebelas bulan yang menyebabkan perjalanan kereta dapat diuruskan sebaiknya untuk ke bandar Chukai,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ‘Kacau Sura’ anjuran para nelayan Banggol disini pada Khamis , 13 November.
20141113_122627Sehubungan itu, beliau menyampaikan hasrat mereka memohon kerajaan menggali dan mendalamkan kembali Sungai Geliga, bagi memudahkan mereka untuk turun ke laut menangkap ikan.
“Semua nelayan ini memohon supaya kerajaan menggali kembali Sungai Geliga, yang baru-baru ini kerajaan telah membuat satu taman, taman air, seperti yang diberitahu begitu yang mengambil lebih kurang seratus kaki kawasan sungai dan sungai menjadi kecil.
“Jadi mereka mengharapkan kerajaan menggali balik sungai supaya dalam, supaya kalau lah banjir berlaku, air itu dapat surut dengan cepat . itu permohonan daripada mereka lah,”katanya.
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu menggesa kerajaa persekutuan mempercepatkan projek membina terusan pintasan (by-pass) di Sungai Kemaman bagi mengelakkan banjir besar berulang kembali.
“berkaitan dengan banjir juga, saya memohon kerajaan persekutuan mengeluar segera peruntukan untuk membuat sebuah sungai, sungai ‘by-pass’ daripada Kemaman atau Pasir Gajah,
“dan saya difahamkan kerajaan negeri telah membayar pampasan tanah, jadi kalau lah dibuat, saya rasa air yang turun dari sana boleh dibahagi kepada dua (dan) orang yang duduk di sebelah Kampung Bukit Mentok tidak lah mengalami banjir sepertimana tahun lepas,”jelasnya.
Banjir luas biasa yang berlaku pada penghujung tahun 2013 merupakan banjir terburuk pernah berlaku sejak 30 tahun yang lalu.
Ia telah menenggelamkan hamper separuh bandar Chukai dan menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada rakyat dan kerajaan.

Ulasan