
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, melalui Lujnah Dakwah dengan kerjasama Ameerah dan Alternative Riding Club (ARC) Negeri Terengganu telah menganjurkan satu program yang dinamakan ‘Street Dakwah’.
Beliau berkata, selain mempromosikan amalan ibadah yang mudah difahami, para Pemuda dan sukarelawan juga mengedarkan rislasah bagi memberi kesedaran tentang isu semasa.
“Tujuan yang pertama sekalinya nak membuka ‘engagement’ (tautan) bersama anak anak muda, yang paling penting kita dapat hari ini buat demontrasi ambil air wuduk menggunakan satu botol air mineral yang paling kecil dan (solat) berjemaah bersama-sama,”

Beliau berkata demikian ketika ditemu pada program tersebut di Dataran Batu Burok, Jumaat 31 Oktober.
Menurutnya, program itu yang diadakan dalam suasana santai bertujuan untuk memikat anak muda agar lebih mendekatkan diri dengan agama dan lebih peka dengan isu semasa yang melanda masyarakat.

Dalam program tersebut juga turut diadakan pameran motosikal berkuasa tinggi dan persembahan ‘Busking’ iaitu persembahan kumpulan pemuzik jalanan daripada kumpulan KT Buskers.
Orang ramai yang ditemui menyifatkan program ‘tidak formal’, yang dianjurkan Pemuda PAS itu adalah langkah yang baik.
Seorang pengunjung, Syed Muhammad Syed Ahmad, 23, memuji konsep program yang diketengahkan yang dianggap sebagai ‘lebih mesra dan dekat’ dengan anak muda.

Program yang bermula jam 3.00 petang itu, berakhir kira-kira jam 6.00 petang, turut dimeriahkan dengan pengisian dan persembahan demontrasi bagaimana memakai Shawl (tudung) berkonsepkan patuh shariah.
Kemunculan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato’ Tengku Hassan Omar dan ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Pemuda, turut memeriahkan ‘Street Dakwah’, sebuah program ‘ringan’ sarat ilmu dan maklumat.
Ulasan