14 Disember 2014

Anak Mantan Ketua Penerangan PAS DUN Bandar Dikhuatiri Lemas


IMG-20141214-WA0029DUNGUN – Kegembiraan tiga sahabat ketika mandi manda di laut berakhir tragedi, apabila salah seorang daripada mereka hilang di laut dan dikhuatiri lemas.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.00 petang itu dipercayai ketika mangsa Syed Mustafa Syed Suhaimi, 18, sedang mandi manda bersama sepupunya Syed Ali bin Syed Alwi, 18, dan rakanya Jalaludin Ali Hasan, 21 di Pantai Teluk Bidara di sini pada petang Sabtu 13 Disember.


IMG-20141214-WA0037
Ketika dihubungi sepupunya berkata, mangsa yang berasal dari Durian Burung Kuala Terengganu itu adalah bekas pelajar pondok Darul Bayan Pinang Merah, Paka dan bekerja dengan syarikat YMR International Marketing Sdn Bhd. di Gong Pasir Dungun sebagai pekerja am.
“Pada mulanya keadaan ombak tidaklah sekuat mana sebab itu kami berani untuk mandi di situ di samping ramai yang lain turut mandi di situ.
“Dengan tiba-tiba kami tidak menyangka ombak kuat dengan arus yang deras menarik mereka ke tengah laut, lalu mereka bertiga berusaha berenang ketepi,”
“Semua yang lain berjaya selamat berenang ke tepi, tetapi mangsa ketika itu memekik meminta tolong dengan menyebut ‘Jal Tolong, Jal Tolong’.
“Kami tidak mampu membantu menolong dengan ombak yang begitu kuat datang dengan tiba-tiba,”ujar Syed Ali.
Menurutnya, Syed Mustafa adalah anakanda kepada Mantan Ketua Penerangan PAS DUN Bandar Kuala Terengganu Syed Suhaimi Syed Mohamad.
Sebaik berita diterima, pihak keselamatan dan PAS Kawasan Dungun menghantar petugas untuk memulakan usaha mencari dan menyelamat mangsa.
Sehubungan itu, solat hajat memohon pertolongan dari Allah SWT didirikan berhampiran lokasi kejadian yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Shah bin Mohamad, Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu.
Turut sama dalam jmaah tersebut adalhah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun.
Seramai 49 anggota berusaha dalam oprasi mencari dan menyelamat terdiri daripada 12 nggota polis, 10 Bomba dan  12 JPAM dan skuad bencana DUN Rantau Abang 15 orang, berada di lokasi.
Operasi yang dihentikan lewat malam semalam disambung pada awal pagi hari ini, 14 Disember, sebaik hari siang, memasuki hari kedua, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...