Ayah Bertarung Nyawa Selamatkan Anak

IMG-20141222-WA0170
DUNGUN – Tiada yang dapat digambarkan semasa dua beranak ini bertarung nyawa apabila bot yang mereka naiki terbalik semasa melalui jeram yang berbatu dan air yang sangat deras.
Mangsa, Abdullah bin Muda 60, atau dikenali Pok wei tok bilal turun ke sungai untuk melihat jaring ikan bersama rakan-rakan dengan tiga buah bot. Pok wei menaiki bot bersama anak lelakinya Mohd Faizul Abdullah 39.


Sejurus tiba di tempat kejadian bot mangsa telah terbalik apabila cuba melintasi jeram yang ketika itu arus sangat deras. Dalam keadaan kelam kabut itu tiada apa yang difikirkan oleh beliau kecuali saat kematian dan nasib anaknya yang dia tahu kurang cekap berenang.
Dengan hanya berpaut pada ranting-ranting kayu beliau bersama anaknya hanyut dibawa arus deras. Hanya laungan ” Allahuakbar ” dapat dilafazkan sepanjang menghadapi situasi getir ini.
IMG-20141222-WA0167Setelah berjaya naik ke daratan duan beranak ini terpaksa meredah laluan mencabar apabila berjalan kaki hampir 3 jam sebelum ditemui oleh pasukan Bomba yang sedang melakukan opersasi mencari dan menyelamat beliau setelah mendapat laporan kehilangan oleh salah seorang keluarga beliau.
Laporan kehilangan dibuat jam 1430 di Balai Polis Bandar Durian Mas setelah terdapat maklumat sisa bot dan peralatan dalam bot bertaburan dijumpai oleh sekumpulan pemancing.
Tindakan pantas pihak Bomba dan penyelamat dapat mencari petunjuk dan operasi berjaya ditemui dengan selamat .
Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli sempat menemui mangsa di rumahnya malam tadi dan mendengar sendiri bagaimana kejadian ini berlaku.
“Saya nasihatkan Pok Wei tadi agar dia segera bersujud syukur diatas keselamatan beliau dan terlepas dari malapetaka buruk ini.
“Dalam keadaan musim sebegini kita harap semua pihak berwaspada, terutama mereka yang menggunakan bot dan sampan. Kita bersyukur kehadrat Allah kerana dua beranak ini selamat.” Katanya ketika menemui mangsa di rumahnya.
Pengarah Majlis Tindakan Dun Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman juga melahirkan rasa syukur apabila kedua beranak ini dijumpai dengan selamat.
“Pok Wei ni orang dikenali di Bandar Durian Mas ni..dia bekas iman di Masjid Sultan Mahmud di sini. Jutaan terima kasih kepada pihak Bomba yang pantas bertindak.” Ujar beliau yang turut mengiringi Ahli Parlimen Dungun menziarahi mangsa.

Ulasan