15 Disember 2014

Banjir Gelombang Kedua Mula Melanda


IMG-20141215-WA0029KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua kini mulai melanda negeri Terengganu selepas lebih tiga minggu gelombang pertama membadai pada pertengahan November lalu.
Hujan lebat yang turun tidak henti-henti di seluruh negeri ini sejak semalam, menyebabkan beberapa kawasan mula ditenggelami air.
Menurut Pengarah Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, kawasan Kemaman dan Hulu Terengganu telah diletakkan dalam keadaan siap siaga apabila kedua-dua daerah itu mula dilanda banjir.


IMG-20141215-WA0016“dari maklumat yang disampaikan kepada kita, kawasan Kemaman dan Hulu Terengganu telah dilanda dan mangsa-mangsa telah dipindah ke beberapa buah pusat pemindahan,
“kita telah dimaklumkan kedua-dua kawasan tersebut juga sudah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,”ujarnya ketika dihubungi
Sementara itu, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata 118 mangsa daripada 25  keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Kemaman
Manakala 16 orang dari 4 keluarga telah dpindah di Kampung Bukit Kolam daerah Dungun sehingga jam 12 tengahari ini.
Di Setiu, Jalan Pengkalan Merbau/Pelong ditutup kepada semua kenderaan manakala Jalan Chalok/Bukit Putera di Setiu dan Kampung Lubuk/Kampung Gong Terap di Besut ditutup kepada kenderaan ringan.
Sehubungan itu, amaran hujan peringkat jingga telah dikeluarkan pada 12:37pm hari ini.
Menurut Jabatan Meterologi Malaysia, nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 9:01 pagi, 14-12-2014 kini ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat ( Peringkat Jingga).
Hujan sederhana kadangkala lebat yang berlaku di negeri Kelantan ( Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu ( Besut, Setiu, Kuala Teregganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Khamis 18 Disember 2014.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...