31 Disember 2014

Banjir ; PAS Terengganu Mengalu-alukan Sumbangan Semua Pihak

Screenshot (519)KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak termasuk kerajaan, swasta, badan korporat serta individu bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS (I) Terengganu, Dr Alias Razak berkata sumbangan masih diperlukan bagi membantu mangsa-mangsa banjir besar hampir di seluruh daerah di Terengganu.


Bahkan, katanya jumlah mangsa banjir di negeri ini juga besar mencecah puluhan ribu orang dari kawasan Besut hingga ke Kemaman.
Menurutnya, peruntukkan yang lebih besar diperlukan selepas pasca banjir ini bagi kerja-kerja pembersihan rumah-rumah penduduk terbabit.
“(Banjir ini) boleh dikatakan lebih teruk dari tahun (2013) lepas kerana melibat semua daerah di negeri ini dari Besut hingga ke Kemaman. Angka mangsa yang terlibat juga besar hampir 40,000 orang daripada lebih 8,000 buah keluarga.
“Dan sudah tentulah, selepas ini kita (PAS) memerlukan suatu peruntukkan yang besar untuk kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah yang ditenggelami air banjir.
20141230_084844“Begitu juga dengan bantuan kepada penduduk yang terlibat termasuk mengganti alat-alat perabot, dapur, makanan dan sebagainya dan dengan bantuan itu, Insya’Allah…agihan dapat dibuat dengan menepati sasaran dan seberapa ramai yang dapat kita bantu dengan peruntukkan yang diperolehi kelak,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyambut delegasi kerajaan negeri Selangor ke Terengganu bagi menyampaikan sumbangan kepada kerajaan negeri berjumlah RM100,000 di Kuala Terengganu, pada Selasa 30 Disember.
Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal turut merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS Selangor yang prihatin dengan musibah banjir besar melanda negeri Terengganu.
“Saya bagi pihak PAS negeri Terengganu mengucapkan terima kasihlah kepada PAS Selangor yang prihatin dengan musibah yang menimpa rakyat di negeri Terengganu ini.
“Kita mengalu-alukan atas sumbangan yang bakal diberikan oleh PAS Selangor melalui agensi-agensi kita atau melalui PAS negeri Terengganu, untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Terengganu yang agak dahsyat juga tahun (2014) ini.
“Hari ini, Dato’ Ir Iskandar datang ke Terengganu melalui satu delegasi kerajaan negeri Selangor dan bertemu dengan kerajaan negeri Terengganu. Ini program rasmi antara kerajaan dengan kerajaan,” jelasnya.
Antara pimpinan PAS Selangor yang turut menyertai delegasi itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Dato’ Ir Iskandar Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib.

Tiada ulasan:

Pecutan Akhir Persiapan HARAP 3.7

Oleh : Khairul Nizam Abdullah SETIU - Persiapan terakhir bagi menjayakan program Himpunan Harapan Semua (HARAP) - PGU 3.7 Setiu sedang ...