Banjir; Walaupun Surut Keadaan Masih Berjaga-jaga


banjir kampung teladasKEMAMAN – Banjir yang melanda sebahagian daerah ini semalam telah mula surut, walaupun agak perlahan.
Menurut Pengarah Operasi Banjir PAS Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim, air banjir yang telah melimpahi sebahagian Kampun. Teladas, KampungTanah Lot dan keseluruhan Kampung Banggol semakin naik pada jam 5 pagi hari ini.
“Alhamdulillah, air telah mula surut pada jam 7.00 pagi walaupun sangat perlahan, setakat ini hujan telah berhenti tetapi keadaan di hulu sungai kelihatan sangat gelap,


“kemungkinan hujan lebat boleh berlaku bila-bila masa sahaja,”ujarnya ketika dihubungi.
banjir kampung teladas1
Sehubungan itu, kata beliau, jumlah mangsa yang berpindah adalah seramai 10 keluarga dari Kampung Teladas, 5 keluarga di kampung Banggol dan tiada mangsa yang berpindah dari Kampung Tanah Lot.
Katanya, mangsa terbabit berpindah ke rumah sanak saudara danke rumah jiran yang tidak dinaiki air.
Sementara itu, portal Bilik Gerakan Bajir Negeri Terengganu mencatatkan seramai 862 mangsa telah dipindah ke 16 pusat pemindahan di seluruh negeri.
Jumlah magsa yang berpindah adalah seramai 311 orang dari 92 keluarga di daerah Dungun, 421 orang dari 104 keluarga di daerah Dungun, 22 orang dari 5 keluarga di Kuala Terengganu dan 108 orang dari 25 keluarga di Marang.
Sehingga jam 8.00 pagi hari ini, Rabu 17 Disember, tiga buah sungai masih melepasi paras bahaya, Sungai Kemaman di jambatan Tebak, Sungai Dungun di Kuala Jengai dan Sungai Besut di stesyen penyukat banjir jambatan Keruak.
Justeru itu, Haji Zulkifli berkata, Jawatankuasa Banjir di daerah tersebut sudah diarahkan sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir sekiranya hujan lebat di kawasan hulu sungai berterusan.

Ulasan