26 Disember 2014

Bantuan PAS, Tidak Kira ‘Warna dan Suasana’

20141224_095518SETIU – PAS melaksanakan program kebajikan dan memberi bantuan kepada rakyat kerana ia menjadi satu tanggungjawab kepada umat manusia, bukannya semata-mata kerana politik pilihan raya.
Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, jentera PAS memberi bantuan kepada semua rakyat tidak kira samada ada orang PAS atau Umno.



Bahkan katanya, orang Umno hairan kerana, walaupun PAS kalah pada pilihan raya umum yang lalu dan tidak memerintah negeri Terengganu, namun terus memberikan bantuan kepada rakyat.
Dr Azman Ibrahim“Kita masuk beri bantuan banjir ke kampung-kampung………..ada orang tanya, nak pergi mana? (kita jawab) nak beri bantuan banjir sedikit, dia tanya (lagi) bukankah PAS kalah?
“kita beri bantuan ke seluruh negeri dan rumah orang-orang kuat Umno pun kita bantu, bila kita selamatkan (dari air banjir) naik atas bot kita, dia tanya ini bot siapa……..(kita jawab) ni bot PAS, tapi tidak pula dia terjun (kerana tak mahu naik bot PAS),”ujarnya.
Tetapi, Dr Azman yang juga Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Terengganu berkata, sewaktu musim pilihanraya, apabila orang Umno tersalah naik kereta orang PAS ketika mahu membuang undi, pasti mereka akan turun semula kerana tidak mahu naik kenderaan orang PAS.
Oleh itu beliau menyeru ahli dan penyokong Umno supaya sedar bahawa PAS memberikan bantuan sepanjang masa, secara ‘ala kadar’ menurut kemampuan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Program bantuan awal persekolahan ‘Masih Ada Yang Sayang’ di masjid Kampung Jabi, pada Rabu 24 Disember.
20141224_095306 (2)Selaku Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi, beliau berharap bantuan yang diberikan dapat membuatkan anak-anak yatim dan adik-adik yang tidak berkemampuan, tersenyum dengan pakaian baru pada hari pertama sesi sekolah tahun hadapan.
Beliau juga mahu anak-anak itu menjadikan kesusahan hidup itu sebagai satu motivasi, bukannya halangan untuk mencapai kejayaan.
“kita nak beri (baju sekolah) supaya anak-anak yatim (dan orang sudah) boleh ke sekolah dengan senyuman sebagaimana orang lain,
“yang pentingnya, adik-adik kita jadikan kesusahan hidup keluarga kita sebagai semangat untuk belajar bersungguh-sungguh,
“sebab sebenarnya, ramai orang yang berjaya buka dari latar belakang orang senang, tetapi ramai dari kalangan orang susah,”jelas beliau.
Seramai 100 orang kanak-kanak sekolah di peringkat DUN Jabi diberi peluang memilih baju sekolah mereka mengikut kesesuaian, apabila pihak MTD memanggil pengusaha membuka kedainya di perkarangan masjid.

Tiada ulasan: