29 Disember 2014

Bot Terbalik Cikgu Alias Selamat

bot cikgu alias terbalik
DUNGUN – Demi melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun sanggup memudiki sungai Dungun dimusim bah ini untuk melihat sendiri dan sampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Delong.



Kejadian tengahari semalam berlaku apabila bot yang dinaiki Cikgu Alias bersama tiga lagi petugas terbalik semasa menuju ke rumah mangsa banjir.
Kejadian cemas ini berlaku secara tiba-tiba apabila bot dimasuki air.
IMG-20141229-WA0077Menurut salah seorang petugas Wan kasli Wan Ali yang terlibat dalam kejadian itu kejadian berlaku dalam sekelip mata dan beliau bersyukur kerana tiada kejadian yang melibat nyawa.
“Alhamdulillah kami semua memakai jaket keselamatan dan kami semua tidak cemas.
“Semasa air masuk dan terbalik kami semua cuba berpaut pada bot itu dan saya terus bersujud syukur sejurus selamat naik ke daratan.” Katanya ketika diminta berkongsi saat cemas kejadian.
Menurut saksi lain, sejurus bot yang dinaiki Adun itu terbalik, sebuah lagi bot yang bertindak sebagai pengiring bertindak cepat dengan memberi pertolongan segera kerana kejadian ini tidak jauh dari daratan tempat bot berlepas.
Ketua keselamatan PAS Dungun ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang melibatkan ADUN Rantau Abang ini. Beliau juga mengesahkan semua penumpang bot terbabit memakai jaket keselamatan.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...