Exco Tak Tahu ‘Asnaf’ Apa Dibayar Kepada Pelajar?


20141209_091634 (2)KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Uundangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman merasa ‘pelik’ mengapa soalan beliau tentang ‘asnaf’ zakat yang diberikan kepada para pelajar tidak dapat ijawab oleh pihak kerajaan negeri.
Beliau merasa terkilan dengan tindakan Yang DiPertua (Speaker) DUN Datuk Zubir Embong yang ‘mengerat’ terus cubaan beliau untuk mendapat penjelasan berhubung dengan isu tersebut dalam persidangan DUN.


“saya tak tahu……..samada Exco terbabit faham atau tidak soalan dan atau mempunyai jawapan atau tidak tentang soalan yang saya tanyakan,
“atau mungkin di (Exco) tak ada maklumat atau tidak mahu mendedahkan kepada rakyat,”ujarnya ketika ditanya tentang perkara terbabit.
Ariffin dalam soalan tambahan berhubung soal zakat yang dibawa oleh ADUN Jabi Iskandar Jaafar bertanya kepada pihak kerajaan, apakah ‘asnaf’ yang digunakan oleh pihak Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) memberikan zakat kepada para pelajar.
“Ramai pelajar kita yang berada di luar negara………apakah asnaf yang digunakan oleh MAIDAM untuk membayar zakat kepada pelajar kita sekiranya dibayar,
“samada (guna asnaf) ‘fakir miskin’ dan ‘fi sabilillah ‘ataupun ‘fakir miskin’ sahaja,”ujar Ariffin.
20141209_091317Sebaliknya Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib bukan sahaja tidak menjawab soalan Ariffin, namun memaklumkan kepada Sidang jumlah pelajar yang menerima sumbangan Dermasiswa dan jumlah zakat yang dibayar oleh MAIDAM kepada pelajar.
“Bantuan pendidikan mahasiswa IPTA di dalam dan luar negara yang saya mabil ini daripada laporan MAIDAM ketika ini ialah sebanyak 507 (oran).
“Dengan jumlah (zakat yang dibayar) RM3, 485, 720.00 ………itupun saya tidak pasti di sini adalah ia dalam bentuk secara langsung atau sumbangan khas atau dalam bentuk lain,”ujar Ghazali yang juga ADUN Ajil ketika menjawab soalan Ariffin.
Sehubungan itu, Ariffin menyatakan rasa kesal beliau kerana Speaker tidak memberikannya ruang dan menganggap tindakan Zubir menghalang beliau mendapatkan penjelasan itu sebagai ‘berat sebelah’.
“saya Tanya tentang asnaf, tapi Exco jawab lain…….saya cuba dapatkan penjelasan selepas itu, tapi speaker ‘kerat’ terus, tak bagi laluan, ia tindakan berat sebelah,
“saya hanya nak dapatkan penjelasan tenatang asnaf, bukan nak Tanya soalan lain,”kata Ariffin kesal.
Sementara itu, Ghazali mengesahkan syarikat Petronas seingga kini belum membuat bayaran zakat terhadap galian (minyak) yang dilombong di negeri Terengganu.
Katanya, ada usaha dibuat untuk meminta Petronas berbuat demikian, namun belum ada kejayaan.
“(berkait) Petronas………ada usaha dalam satu ketika (dahulu) perbincangan dan usaha untuk meminta pihak Petronas yang merupakan satu syarikat gergasi yang mencari minyak di persisiran berhampiran negeri Terengganu untuk diusahakan membayar zakat galian,
“Usaha itu ada, tetapi tidak pun (sehingga) hari ini ada status atau kenyataan rasmi, bentuk pembayaran rasmi, yang diperoleh MAIDAM,”kata Ghazali yang bertindak selaku Exco Agama, memandangkan potfolio tersebut tidak ada dalam pentadbiran kerajaan Terengganu.

Ulasan