Gelombang Kedua; Besut Dilanda Banjir

IMG-20141218-WA0001
KUALA TERENGGANU – Kawasan Besut yang tidak dilanda banjir pada gelombang pertama lalu, kini sudah ditenggelami air, terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut.
Sejumlah 449 orang mangsa daripada 99 keluarga telah dipindah ke lapan buah pusat pemindahan banjr dengan masjid Kampung La mempunyai paling ramai angka, 225 orang daripada 51 keluarga.


Pengarah Operasi Banjir PAS Besut, Abd Rahim Mohammad berkata, banjir agak besar pada kali ini dan usaha-usaha membantu serta menyelamatkan penduduk sedang giat dijalankan.
banjir hulu besut1“saya tersekat oleh air banjir di Pasir Akar, (Pengerusi MTD Hulu Besut) Cikgu Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah) dan jenteranya sedang menjalankan operasi menyelamat,
“saya dimaklumkan air di jambatan (sungai) Jerubun melepasi paras pinggang,”ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, antara kampung yang terjejas adalah Kampung La, Keruak, Seberang La, Bukit Mali, Bukit Payong, Felda Tenang dan Kampung Padang Bual.
[Keterangan gambar;  atas – penduduk berpindah di Kampung Padang Bual, Hulu Besut dan gambar kanan Cikgu Solah membantu enduduk Kampung Bekok berpindah ke pusat pemindahan pada petang semalam]
Sementara itu, menurut laporan Bilik Gerakan Bajir Negeri Terengganu seramai 425 orang daripada 125 keluarga telah dipindahkan ke lapan buah pusat pemindahan banjir.
Ketua Penerangan PAS Dungun Naraza Muda berkata, seramai 317 orang telah dipindahkan di kawasan DUN Bukit Besi.
“Mangsa yang dipindahkan setakat ini seramai 317 dari Kampung Pasir Raja dan Shukur dan sebanyak empat keluarga dari Kampung Dendang,”katanya
Keseluruhan mangsa banjir di negri Terengganu mencatat kenaikan keada 1834 pada tengah malam semalam berbanding 15034 orang pada tengahari  Rabu 17 Disember.
Kawasan Kuala Nerus yang dilanda banjir teruk pada gelombang pertama November lalu tidak mencatatkan sebarang perpindahan berbanding kawasan-kawasan lain, kecuali Marang, yang terjejas akibat banjir.

Ulasan