Isu Bukit Besi Memalukan, Gambarkan Betapa Rasuahnya Malaysia


IMG-20141206-WA0062
KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri Terengganu umumnya dan masyarakat di daerah Dungun khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi diminta peka tentang isu berkait industri perlombongan bijih besi yang sedang giat dijalankan sekarang ini.
Laporan yang dibuat oleh akhbar New York Times menyebut tentang sebuah syarikat dari negeri China yang membayar USD100,000 kepada pemimpin parti politik yang memerintah untuk mendapatkan hak berkaitan perlombongan tersebut adalah amat memalukan negara dan negeri Terengganu.


Pesuruhjaya PAS Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, penglibatan pemimpin Umno dalam rasuah telah didedahkan dalam kes membabitkan bantuan perumahan nelayan baru-baru ini.
“projek perumahan, buat rumah untuk rakyat, sepatutnya bantuan peruntukan nelayan (bernilai) puluhan ribu pemimpin-pemimpin UMNO juga yang terlibat, macam kes baru ni (didedahkan oleh) SPRM,
“bantuan peruntukan rumah nelayan, lesap. Kadang-kadang ada beberapa rumah kita periksa, nama dia dapat peruntukan, peruntukan tak dapat, duit pun lesap,”tegasnya.
Kes tersebut, menurut beliau hanyalah umpama ‘ikan bilis’ sedangkan kes yang melibatkan isu perlombongan bijih besi di Bukit Besi merupakan kes besar yang memalukan.
Katanya, ia menggambarkan betapa ‘korupnya’ (rasuahnya) ahli politik yang menyebabkan rasuah berleluasa di negara ini.
“(laporan itu menyebut) di keluarkan USD100 ribu dolar kerana pemimpin-pemimpin kerajaan nak dapat ‘title’ (gelaran) Datuk (ia bersamaan dengan) RM350,000 wang Malaysia,
“Dan ini menggambarkan betapa ‘korup’ nya politik Malaysia, ahli politik yang menyebabkan berlakunya rasuah yang tinggi di Malaysia ini,”kata beliau.
Beliau berkata demikian pada program ‘Edisi Bongkar Bukit Besi’ di bandar Dungun pada Sabtu 6 Disember.
Oleh sebab itulah, kata ADUN Paka itu, Malaysia berada di tangga yang ke 53 dalam kedudukan daripada 177 negara yang disenaraikan paling rasuah di dunia, sebagaimana laporan yang di keluarkan oleh ‘Transparency International’.
Justeru, belaiu yang telah mengetuai pemimpin PAS membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 November lalu menggesa agar kes tersebut disiasat segera dan diambil tindakan
“Kita dah ‘report’ SPRM, kita nak SPRM siasat dengan segera, dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
“Tapi yang penting kita mengharapkan rakyat kita, masyarakat kita, penduduk kawasan Dungun ini supaya peka (tentang isu ini), khususnya di DUN Bukit Besi,”ujar beliau

Ulasan