Jalan Terputus Kerana Aktiviti Melombong

IMG-20141220-WA0061
KEMAMAN – Jalan Air Putih di Kampung Seberang Tayor Dekat sini telah ditutup kepada semua kenderaan sejak jam 12 tengah malam semalam, kerana jalan itu telah putus dua.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) jalan terbabit terputus akibat air banjir yang terperangkap dalam satu lubang besar berukuran 100 meter dalam.


Jurutera Daerahnya Ir Hasmi Ahmad berkata, ia terbentuk ekoran kegiatan melombong bijih besi di kampung Machang dekat situ.
IMG-20141220-WA0062Katanya, ia berlaku selepas setahun lombong tersebut beroperasi.
“Air yang memenuhi lubang besar tersebut menyebabkan berlaku tekanan tinggi dan akhirnya tebing jalan itu mula terhakis sebelum jalan terputus dua,” katanya ketika ditemui pemberita.
Hasmi berkata pihaknya akan memasang jambatan mudah alih pasang siap iaitu Jambatan Bailey di laluan itu sebagai jambatan sementara untuk kemudahan penduduk sebaik sahaja air surut.
“Kita juga telah memgambil tindakan segera dengan memasang ‘barricade’ (alat penghalang) serta papan tanda amaran di laluan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, berikutan laluan itu terputus, penduduk kampung berhampiran perlu menggunakan Jalan Mak Lagam dan Jalan Padang Kubu untuk ke bandar Chukai.
Menurutnya, jalan yang terputus itu merupakan jalan utama untuk ke bandar Cukai bagi penduduk di beberapa kampung seperti Kampung Seberang Tayor, Kampung Felda Seberang Tayor, Kampung Batu 14, Kampung Dadong, Kampung Tebak, Kampung Air Putih dan Kampung Teladas.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Haji Hanafiah Mat kesal kerana aktiviti melombong tersebut diluluskan terlalu hampir dengan jalanraya.
Beliau berpendapat, kejadian yang menyebabkan rakyat serta kerajaab mananggung kerugian adalah kerana kurang pemantauan serta pelombong yang bersifat rakus dan tamak.
IMG-20141220-WA0059“musim panas kawasan ini penuh dengan debu menyebabkan jalan kotor, bila musim hujan, kemalangan ini berlaku,
“kurangnya pemantaun dan tindakan daripada pihak berkuasa menyebabkan syarikat pelombong secara rakus mengorek tanah dengan tujuan mengaut keuntugan,
“akhinya rakyat yang merana……..terpaksa menanggung kerugian dan duit cukai rakyat digunakan untuk membaikpulihnya kelak,”ujarnya.
Justeru, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu itu menggesa kerajaan menjalankan siasatan yang rapid an mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
Katanya, ia sangat penting bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa akan datang yang mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa.

Ulasan