25 Disember 2014

Kealpaan Pemimpin Kerajaan Menyebabkan Rakyat Rugi

IMG_2531 (2)HULU TERENGGANU – Kerajaan ditegur supaya lebih prihatin dan mengambil berat masalah rakyat bagi mengelakkan negara ini dan negeri Terengganu khususnya mengalami kerugian yang lebih besar.
Tindakan lambat memperbaiki jambatan Kampung Kuala Kejir yang telah runtuh pada musim bah tahun lalu menyebabkan warga sekitar kawasan itu terputus hubungan apabila jalan Kuala Berang – Kuala Terengganu dinaiki air pada musim banjir tahun ini.


IMG_2541 (2)Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid kesal kerana, sehingga jambatan sementara atau ‘taktikal’ runtuh pula pada tahun ini, barulah pemimpin kerajaan dan wakil rakyat tergesa-gesa untuk berbuat seuatu.
“Sebenarnya jambatan ini dah runtuh semasa banjir pada tahun 2013 dan dibina jambatan sementara yang ada ni dengan jambatan gantung (taktikal), tapi malangnya dan saya kira ini satu tindakan yang tidak prihatin ataupun tak ambil berat daripada pimpinan kerajaan, wakil rakyat dan juga pimpinan setempat.
“Yang mana jambatan ini dibiarkan hampir setahun. Sejak runtuh dulu, lalu dibuat jambatan sementara dan dibiarkan hampir setahun. Sehingga hari ini, dia runtuh kali kedua dan mengambil belanja lebih besar,”ujarnya ketika ditemui selepas melawat kawasan terbabit pada Selasa 23 Disember.
IMG_2543 (2)
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu itu berkata, sepatutnya dalam tempoh satu tahun, banyak kerja yang boleh dibuat untuk membantu rakyat setempat.
Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen sepatutnya memberi keutamaan untuk memperbaiki jambatan itu kerana ia adalah laluan alternatif yang amat penting.
“jalan ini juga jalan alternatif menghubungkan Kuala Berang dengan Kuala Terengganu. Jadi saya kira sepatutnya jalan ini diberi keutamaan.
“Apa yang berlaku hari ini apabila jalan utama Kuala Berang – Kuala Terengganu ditenggelami air di Batu 22 dan juga Batu 24. Inilah jalan penghubung antara masyarakat Kuala Berang dengan masyarakat Kuala Terengganu,
“tapi oleh sikap tidak cakna pemimpin- pemimpin negeri menyebabkan kali kedua runtuh dan sekarang ini Kuala Berang seperti pulau terputus hubungan dengan Kuala Terengganu,”jelasnya.
Mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu juga kesal kerana kealpaan pemimpin negeri menyebabkan banyak berlaku musibah kepada rakyat dan menyebabkan perbelanjaan yang besar terpaksa dikeluarkan.

Tiada ulasan:

Laman BO Masih Dalam Penyelenggaraan

KUALA TERENGGANU - Laman sesawang rasmi PAS Terengganu www.buletinonline.net (BO) masih dalam penyelenggaraan ekoran masalah teknikal y...