01 Disember 2014

MDI Kutip Lebih RM11, 000

_DSC1728
MARANG – Lebih RM11 ribu hasil daripada julan kupon makan malam dan juga kutipan daripada derma-derma yang dijalankan sejak beberapa minggu lalu, telah berjaya dikumpul oleh Madrasah Darul Iman (MDI) menerusi program Makan Malam Sambil Menderma.
Majlis makan malam seumpamanya itu telah beberapa kali diadakan sebelum ini dan sentiasa mendapat sambutan hangat daripada penderma baik di sekitar Bukit Payong, mahupun daripada luar kawasan.


_DSC1717
Lebih 300 orang yang hadir ke majlis tersebut, menggambarkan sambutan yang amat menggalakkan walaupun dalam keadaan hujan yang sederhana lebat turun, tidak menghalang mereka membantu MDI menyiapkan kompleks pendidikannya.
Adun Rantau Abang, YB Alias Harun telah dijemput sebagai tetamu bagi merasmikan majlis tersebut.
Dalam ucapan perasmiannya beliau memuji kesungguhan ahli-ahli PAS Bukit Payong yang kini sedang membina kompleks pendidikan dan juga telah mempunyai sekolah rendah serta tidak lama lagi akan memilliki bangunan kedai sendiri.
Bagi beliau, pembinaan kompleks ini ialah langkah terawal yang terbaik bagi membina masyarakat yang berilmu agar menjadi manusia yang berguna ke pada agama dan tanahair kerana penyedian ilmu itu adalah tanggungjawab ibubapa.
“Kita kena mula (kepada anak-anak) dengan pendidikan seawal mungkin supaya tidak ditipu.
Orang-orang tua kita dahulu memang selalu ditipu oleh penjajah, selepas penjajah pergi, tinggal anak-anak penjajah (Umno) yang ada sekarang inilah, bila kita sebut Islam sahaja, walaupun dia kata dia nak tegakkan Islam tetapi tak nampakpun,” kata beliau.
Tambah beliau lagi, contoh terbaik ialah tinggalan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Terengganu yang diluluskan oleh PAS pda tahun 2003, Umno bukan sahaja tidak melaksanakan hudud, malah mereka tidak mengambil langkah-langkah ke depan.
Beliau juga melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa Dun Bukit Payong akan kekal di bawah PAS dengan adanya kompleks pendidikan sebegini, sama seperti di tempat-tempat lain.
IMG-20141201-WA0021“Saya yakin Dun Bukit Payong, sukar bagi Umno mengambil balik.
Yang saya nampak ialah, bila sekolah ditubuhkan, memang payahlah Umno nak ambil alih.
Sebab di situ terletaknya pendidikan,” ujarnya penuh yakin bahawa ilmu akan dapat membezakan kebatilan.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Adun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong, mantan pengarah MTD Ustaz Baharudin Mohammad, serta timbalan-timbalan Pengarah MTD.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018