20 Disember 2014

‘Murah Hati’ NGO Dihargai


IMG-20141219-WA0142MARANG – Ibu bapa kepada para pelajar yang kurang berkemampuan di kawasan ini mampu tersenyum apabila anak-anak mereka hadir ke sekolah pada hari pertama dengan pakaian yang baru.
Ia adalah kerana, sebuah NGO, Muslim Care (MC) telah bermurah hati membantu mereka, dalan misi organisasi terbabit meluaskan usaha kebajikan bantuan awal persekolahan “Back to School”(BTS) dan memilih kawasan Marang serta Kuala Nerus.


Menurut wakil Muslim Care Haji Abdul Razak Mohamad, ia merupakan program tahunan yang memasuki tahun ke-3 perlaksanaannya.
IMG-20141219-WA0137“Program program ini di Terengganu melibatkan dua daerah iaitu Marang dan Kuala NeruS dan pada hari di daerah Marang, selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Disember di Marang,
“Manakala Kuala Nerus pula pada 21 Disember nanti,”ujarnya ketika ditemui selepas program terbabit pada Jumaat 19 Disember.
Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong melahirkan kesyukuran kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada Muslim Care serta semua penyumbang di atas sumbangan yang diberikan.
“Di sebalik kesusahan rakyat yang bertungkus-lumus mencari rezeki memenuhi tuntutan hidup, masih ada orang yang cakna dan sudi menghulurkan bantuan.
“Kita faham kesukaran ibu bapa menyara keperluan persekolahan anak-anak, terutamanya yang mempunyai tanggungan yang ramai.”katanya
IMG-20141219-WA0143Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Marang mendoakan para penyumbang sekalian dimurahkan rezeki serta dapat menyumbang lebih banyak lagi untuk kebajikan rakyat sekalian.
Turut hadir menyerikan majlis dan menyampaikan bantuan persekolahan adalah isteri ahli Parlimen Marang Marang, To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah.
Seramai 100 orang pelajar sekitar Bukit Payong diraikan pada hari pertama BTS di Marang yang dirasmikan oleh Adun Bukit Payong sendiri iaitu YB Mohd Nor Hamzah, manakala 50 orang lagi pelajar terpilih dari dun Pengkalan Berangan pada hari kedua.
Program kebajikan anjuran bersama PAS Kawasan Marang, MTD Bukit Payong, MTD Pengkalan Berangan, Geng Ustaz, Ameerah Terengganu dan MC ini bukan hanya setakat di sini sahaja. Misi bantuan akan sentiasa digerakkan bagi memastikan rakyat yang memerlukan mendapat pembelaan dan bantuan semampunya.

Tiada ulasan:

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para g...