Muslimat Akan Tampil Dengan ‘Isu-isu Panas’!

20141213_112903
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS akan tampil ke tengah-tengah masyarakat untuk memberi penerangan tentang ‘isu-isu panas’ dengan fakta yang jelas bagi menyedarkan rakyat khususnya di negeri Terengganu.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Terengganu Puan Maznah Muftahuddin berkata, dakwah harus dilakukan secara berterusan bagi menyedarkan orang ramai tentang apa yang berlaku di negeri ini.


“bila kita bercakap dengan orang kampung, dalam usarah-usrah dan majlis-majlis (bersama masyarakat) kita nak akhir sekali kita ‘landing’………..turun dengan harapan mereka faham apa yang kita sampaikan,
20141213_100606 (2)“(sehingga) mereka sedar apa yang menjadi tanggungjawab mereka menyampaikan kepada orang lain dan akhirnya mereka menyokong dan bersama dengan kita (tapi) bukan dalam satu masa tetapi berterusan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Bengkel Pengolahan Isu, Muslimat PAS Negeri Terengganu pada Sabtu 13 Disember, di Kuala Ibai, dekat sini.
Seramai 150 orang tenaga penerangan Muslimat dari seluruh negeri Terengganu mengikuti bengkel kali kedua yang mengupas lima isu utama maskini di negeri Terengganu.
20141213_122250Beliau berharap, kelemahan Muslimat dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya golongan wanita dapat diperbaiki selepas mengikuti bengkel itu.
Menurutnya, banyak penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri Terengganu tidak dapat disampaikan dengan berkesan kepada rakyat kerana kelemahan jentera penerangan Muslimat.
“Dengan kelemahan dan penyelewengan yang UMNO lakukan sepatutnya PAS sudah mencapai kemenangan di dalam pilihanraya yang diadakan,
“tetapi disebabkan kelemahan muslimat yang merupakan agen maklumat kepada masyarakat, maka kita masih lagi gagal menumbangkan UMNO,”jelasnya.
20141213_130118 (2)Justeru, beliau menyeru agar para Muslimat lebih peka dengan perubahan dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan lebih fokus dalam usaha menyampaikan mesej PAS kepada seluruh rakyat.
“kita mahu Muslimat celik dan peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita…………..isu isu yang cukup banyak untuk di ketengahkan dalam menunjukkan salah laku UMNO,
“Muslimat kena bijak, kena tahu, kena prihatin dan menjadi ‘mata (dan) telinga Parti,”tegasnya.

Ulasan