10 Disember 2014

PAS Bangkitkan Masalah Banjir Yang Tidak Berkesudahan


20141120_090555KUALA TERENGGANU – Wakil Rakyat Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah membangkitkan dalam Sidang DUN pada Isnin 8 Disember, masalah banjir yang melanda negeri Terengganu ini pada setiap kali musim tengkujuh melanda.
Beliau menyifatkan masalah tersebut tidak berkesudahan setelah beberapa kali diajukan masalah tersebut pada Sidang DUN yang lalu.
Beliau yang bangkit mengemukakan masalah tersebut dalam soalan tambahan dari soalan asal berkenaan masalah penduduk tanah rendah dan di tebing sungai sekitar Setiu oleh wakil Langkap YB Dato’ Sabri Mohd Nor.


Ustaz Mohd Nor mengambil contoh jalan utama di simpang empat laluan ke Lebuhraya Pantai Timur di Batu 9, Bukit Payong  9Gambar kanan) yang sentiasa ditenggelami air apabila musim tengkujuh dan telah berlarutan sehingga beberapa tahun.
persimpangan lpt bukit payongBeliau juga ingin mengetahui siapakah yang bertanggungjawab ke atas laluan tersebut samada JKR ataupun Lembaga Lebuhraya, juga apakah rancangan segera yang telah atau akan dilakukan oleh kerajaan.
“Saya melihat berkali-kali saya sebut dalam sidang dewan, jalan-jalan utama sebagai contohnya di Bukit Payong, di simpang empat Batu 9 exit (keluar) atau untuk masuk ke lebuhraya, merupakan satu jalan yang utama.Tapi setiap kali hujan lebat dan musim tengkujuh (ia) tenggelam.
“Apakah masalah utama sehingga bertahun-tahun berlakunya masalah di simpang empat itu untuk masuk ke lebuhraya itu sehingga seolah-olah Lebuhraya (LLM) ke yang bertanggungjawab ataupun JKR yang bertanggungjawab,”soal beliau.
Diwaktu yang sama, kata Ketua Penerangan PAS Terengganu itu, jalan utama dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu di Pekan Bukit Payong yang merupakan jalan utama sehingga seolah-olah tidak ada satu penyelesaian yang paling tepat dan selesai untuk dilakukan.
“Walaupun berlaku (banjir) setiap kali, apakah perancangan kerajaan yang segera bagi menyelesaikan masalah ini?,” tanya beliau lagi.
Menjawab soalan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman menjelaskan bahawa kerajaan sedang dan telah membuat beberapa kajian.
Untuk dua hingga tiga tahun mendatang katanya, kerajaan akan membina longkang besar, mengenal pasti jalan yang tersumbat serta yang kurang penyelenggaraan.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018