PAS Setiu Guna ‘Bot Baru’ Membantu Mangsa Banjir

IMG-20141223-WA0155
SETIU – Bagi meneruskan khidmat terbaik kepada masyarakat di kawasan ini, PAS telah membeli sebuah enjin untuk bot bagi kegunaan Jabatan Amal melaksanakan kerja-kerja membantu dan menyelamat mangsa banjir.
Mewakili seluruh ahli dan penyokong, Yang DiPertuanya Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir mengucapkan terima kasih kepada indvidu yang menyumbang bot tersebut.


IMG-20141223-WA0157“kita ucapkan terima kasih kepada penyumbangnya, seorang usahawan dari Merang………(kemudian) kita dapat sumbangan kewangan untuk operasi banjir dan kita beli sebuah enjin kira-kira RM3,000.”ujar beliau ketika ditemui.
Menurutnya, sukarelawan banjir PAS Setiu telah bergerak memberi pertolongan kepada orang-orang kampung yang terjejas kerana di tenggelami air bah sejak gelombang yang pertama akhir November lalu.
Bagi gelombang yang kedua, kata beliau, ada beberapa kawasan yang airnya belum surut sepenuhnya sejak ia dinaiki air pada 17 Disember baru-baru ini.
“dalam kawasan Setiu ni kita ada beberapa tempat yang ‘agak berat’ dilanda banjir termasuk di Kampung Besut dan Kampung Hulu Seladang,
“jadi sehingga kini, (PAS) Kawasan Setiu telah memberikan bantuan kali yang ke 3 di kampung Langkap, kampung Kasar, Merbau Menyusup dan Pengkalan Merbau di DUN Langkap,”ujarnya di Surau Kampung Hulu Seladang.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan sempena lawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat ke Setiu pada Rabu 24 Disember.
Katanya, agihan bantuan akan dibuat sekali lagi kepada semua mangsa banjir yang belum dilawati tidak mengira latar belakang politik mereka.
IMG-20141223-WA0154Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil langkah perlu bagi mengelakkan berlakunya banteng pemecah ombak di kawasan penternakan ikan di Gong Batu, Pemaisuri.
“saya mendapat maklumat………benteng pemecah ombak yang di bina telah pecah, menyebabkan rakit sangkar para penternak juga turut pecah.
“ada di kalangan mereka sempat menjual ikan tersebut tapi hari ini 80 peratus sangkar telah pecah yang menyebabkan mereka menanggung kerugian kerana ikan telah hilang akibat dari kejadian itu,”jelasnya.
Menurutnya, aduan telah dibuat kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran sebelum ini dan tindakan telah diambil.
Namun begitu, benteng itu tidak bertahan lama dan pecah semula apabila di badai ombak pasang besar.

Ulasan