
al-Marhum adalah seorang yang sangat komited dan istiqamah dalam perjuangan, merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan pernah menyandang amanah Ketua Urusan Ulama.

“saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga al-Marhum………dan kita sifatkan (permergian) al-Marhum sebagai tokoh ilmuwan dan ‘murabbian’ tiada ganti,
“dan kecekalan dan kegigihan beliau dalam menggerakkan (dakwah dan politik) di peringkat PAS Kawasan (Setiu) dan juga (Dewan Undangan Negeri) DUN Jabi,”ujarnya ketika ditemui selepas menunaikan solat jenazah di masjid Madrasah Matlain Badrin, Jabi, pada Isnin 8 Disember.
Menurut Sahari, kepimpinan al-Marhum begitu terserlah, walaupun beliau menghadapi sakit ‘diabetes’ yang sudah agak lama.
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi Dr Azman Ibrahim mengucapkan takziah yang ‘mendalam’ kepada keluarga arwah.
Beliau menganggap PAS Dun Jabi kehilangan seorang ayah, dengan pemergian al-Marhum Ustaz Ismail.
“bagi kami (ia) satu kehilangan yang sangat besar……..selalu orang panggil dia di DUN Jabi adalah (sebagai) seorang ayah, (dan beliau juga adalah) seorang teman, seorang sahabat perjuangan,
“yang tentu sekali akan meninggalkan satu ruang yang amat ketara dalam saf kepimpinan dalam Majlis Tindakan DUN Jabi,”ujarnya.

“Tak begitu ketara sakitnya………cuma arwah dijangkiti ‘kencing manis’, dan dimasukkan kedalam wad hospital Jerteh selama dua malam , kemudian keluar daripada hospital dalam keadaan yang agak sihat,
“Cuma petang semalam, ketika ingin mengimamkan solat maghrib bersama jemaah di pondok Raudhatul Muhammaddi, tiba-tiba beliau rasa lelah (sesak nafas),”jelas beliau.
Katanya, al-Marhum meninggal dunia kira-kira jam 7.30 petang, ketika dalam perjalanan untuk mendapat rawatan ke hospital Besut.
“(kerana sesak nafas) terpaksa memanggil orang lain untuk mengimamkan solat kemudian (beliau) batuk dan muntah.

Justeru, Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa PAS negeri Terengganu menyeru sanak saudara dan sahabat handai serta seluruh ahli dan penyokong PAS mendoakan kesejahteraan al-Marhum.
“Mudah-mudahan kita berdoa semoga beliau ditempatkan bersama dengan para syuhada’ para anbiya’, dan in sha Allah perginya seorang pejuang insha Allah akan digantikan dengan lebih ramai lagi,
“anak-anak kita yang mengambil semangat, inspirasi daripada keteguhannya dan istiqamahnya dalam perjuangan Islam,”tambah beliau.
Ulasan