
Acara yang dimulai dengan ucapan perasmian oleh Setiausaha Pas Kawasan Dungun, Hj Ghazali Sulaiman yang juga Pengarah MTD Bukit Besi.

“Ini adalah satu peralihan anak-anak kita dari zaman kanak-kanak kepada zaman remaja. Namun, tanggungjawab kita bertambah besar tika masa mereka berada di alam remaja,” ujar Hj Ghazali ketika menyampaikan ucapan beliau.
Program tahunan ini merupakan satu agenda gerakkerja Lajnah Kebajikan dan Prihati Masyarakat Dun Bukit Besi.
Pada kali ini, peserta dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 dan ianya percuma bagi anak yatim.
Turut hadir ketika majlis tersebut YDP Pas Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang juga Ahli Parlimen Dungun.
Ahli Parlimen Dungun itu, yang singgah sebentar bagi meraikan majlis tersebut, merakam ucapan tahniah kepada pihak MTD Bukit Besi kerana berjaya mengadakan program kemasyarakatan seperti ini.
Ulasan