200 Penduduk Kampung Shukur Dijamu Gulai Ayam ‘Dapur Rakyat’

Sulaiman sulong kg shukor
DUNGUN – PAS Kawasan Marang yang menziarahi kawasan terhjejas banjir di kawasan ini telah mengambil tiga inisiatif, member sumbangan, membantu membersihkan rumah dan menyediakan makan tengahari dari dapur rakyat.
Naib Yang DiPertua PAS Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, dua kumpulan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rndang dan Pengkalan Berangan bersama lebih 50 orang sukarelawan memberikan khidmat kepada warga kampung Shukur yang tenggelam keseluruhannya pada banjir yang melanda baru-baru ini.


IMG-20150105-WA0158“Alhamdulillah PAS kawasan Marang yang mana pada hari ini untuk memberi satu khidmat masyarakat berkenaan dengan bantuan kepada mereka-mereka yang terlibat dengan banjir, dan pada hari ini kita turun dalam dua kumpulan,
“Yang pertama daripada DUN Pengkalan Berangan. Dan kita DUN Pengkalan Berangan kita mengambil tanggungjawab untuk memastkan dapur rakyat dapat berjalan dengan lancer,
“dan kita bukan sahaja menyediakan bekalan makanan untuk petugas-petugas bahkan kita menghantar ke setiap rumah dalam kampung Shukur ini,”ujarnya ketika ditemui sedang mengagihkan makanan tengahari ke sekeliling kampung.
Beliau berharap dengan bantuan dari PAS Marang itu dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada mereka-mereka yang terlibat dengan banjir.
Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak, khususnya daripada sukarelawan PAS kawasan Marang, menunjukkan semangat dan juga komitmen yang tinggi.
“untuk membantu mereka-mereka yang terlibat dengan banjir ini, atas dasar kemanusiaan. Dan kita mengharapkan, misi-misi seumpama ini kita dapat gerakkan lagi pada masa yang akan datang,”tambah beliau.
Katanya, ‘Dapur Rakyat’ menyedia ‘gulai ayam’ untuk makan tengahari bagi 250 orang termasuk petugas dari PAS Kawasan Marang dan penduduk kampung Shukur.

Ulasan