

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, langkah mengadakan ‘ Dapur Rakyat ‘ ini dilaksanakan setelah melihat kesukaran mangsa .
“Kita tengok banyak peralatan dapur rosak, sementara duk basuh dan baiki tu kita beri bungkusan nasi yang siap sedia dimakan. Jadi ringan siket bebanan mereka.
“Program ini bersifat sementara ketika kesulitan dalam tempoh mereka lalui semasa mencuci rumah dan perkakas”. Katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Dungun,”ujarnya

Menurut Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik yang juga ADUN Sura, keputusan mengadakan berdasarkan keperluan berdasar laporan yang dicatatkan oleh wakil- wakil kawasan dilanda banjir.
“Kita bermesyuarat tiap-tiap malam untuk melicinkan urusan bantuan kepada mangsa. Walaupun sebahagian tempat sudah surut banjir kita masih meneruskan bantuan barangan asas selagi sumbangan orang ramai terus diterima oleh kami,”jelasnya
Sehubungan itu, Ketua Kontigen Dapur Rakyat Unit Amal yang mengepalai urusan menjayakan program tersebut di Kampung Minda, Shahir Radin pula memberitahu, pada mulanya mereka alami masalah logistik kerana tiada bekalan air bersih di Masjid Minda yang menjadi lokasi awal untuk menyediakan masakan ini.
“Kami terpaksa mendapat kebenaran salah seorang penduduk Kampung Talong kerana disitu masih ada bekalan air bersih.

” Pada awalnya kami bimbang orang kampung enggan menerima bungkusan nasi ini, tapi sebaliknya. Kami semua petugas walau penat tetapi sangat berpuas hati boleh berkhidmat kepada mangsa banjir di sini,”tambahnya ketika ditemui wakil media semasa sedang mengagihkan bekalan bungkusan nasi kepada penduduk.
Seorang penduduk yang hanya dikenali dengan panggilan Madi mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyediakan makanan ini dan bila ditanya adakah dia tahu pihak mana yang sediakan bungkusan nasi ini dia hanya senyum tanpa menyebutnya lalu beredar.
Ulasan