25 Januari 2015

Almarhumah Tengku Intan Zaharah Selamat Disemadikan


IMG-20150125-WA0061 (2)KUALA TERENGGANU – Jenazah Tengkuan Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan bersebelahan makam suami baginda, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin di sini, selepas solat zuhur.
Bernama melaporkan, istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu Dr Zulkifly Muda.


IMG-20150125-WA0064Sebelum itu selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pukul 10.15, jenazah Almarhum dibawa ke Istana Maziah untuk memberikan ruang kepada orang ramai menziarahi jenazah almarhumah.
Selain kerabat diraja dan orang kenamaan, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya Dr Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Datuk Tengku Hassan Omar dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarukbahrin Shah adalah antara pemimpin PAS yang hadir di Istana Maziah.
Hadir sama adalah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda serta anggota Majlis Mesyuarat Negeri.
Turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Asegaff, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tengku Sri Temenggung Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud serta kerabat diraja lain.
Almarhum Tengku Intan Zaharah, 86, yang merupakan Raja Permaisuri Agong keempat, mangkat di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara pukul 3.26 petang Sabtu.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018