‘Anak Berani Tidak Tahu Berbohong……..’


IMG-20150120-WA0043BESUT – Dakwaan sesetengah pihak bahawa Islam tidak meletakkan wanita ditempat yang sewajarnya adalah tidak benar, bahkan, Islam mengangkat martabat seorang wanita dan mengiktiraf peranannya.
Menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Madya Dr Che Noraini Hashim, Allah menjanjikan balasan dan mengangkatmartabat wanita kerana pengorbanan mereka dalam tamadun manusia.


“Allah mengangkat martabat wanita dengan kelebihan mengandung dan melahirkan anak. Dosa dosa wanita diampunkan ketika saat kesakitan untuk melahirkan anak,
IMG-20150120-WA0040“Islam mengangkat martabat wanita tetapi wanita sendiri yang merendahkannya,”katanya.
Beliau memberikan pandangan tersebut ketika mengulas tajuk ‘Islam Mengangkat Martabat Wanita’ dalam suatu majlis forum ‘Tanyalah Ustazah’
Program ‘interaktif’ anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Khairunnisa’ diadakan sempena sambutan MaulidurRasul di masjid Padang Landak dekat sini, pada Sabtu 17 Januari lalu.
Pakar dalam bidang pendidikan itu menekankan keperluan mendidik anak-anak dengan mengenal ‘penciptanya’, Allah subhanahu wata’ala.
“Buka pintu hati anak-anak dengan (kalimah dan penghayatan) Lailahaillallah. Tanamkan aqidah kepada mereka bahawa Allah itu Melihat, Allah itu Mendengar, Allah itu Tahu,
“sebagai ibu, kita yang perlu mulakan dulu amalan-amalan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak,”tambah beliau.
Sementara itu, ahli panel kedua program tersebut, To’ Puan Hajjah Zaiton Salleh menegaskan, para ibu bapa muslim mestilah menanamkan sifat berani ke dalam diri anak-anak.
“Anak-anak mestilah ditanamkan dengan sifat berani, kerana anak yang berani tidak akan berbohong,
“mereka tidak takut menghadapi sebarang tindakan diatas setiap perbuatan mereka,”jelasnya dihadapan 300 khalayak, yang hadir dan memenuhi ruang solat masjid tersebut.

Ulasan