08 Januari 2015

Beberapa Kawasan Dinaiki Air Berikutan Hujan Lebat Sejak Semalam


IMG-20150108-WA0062 (2)KUALA TERENGGANU – Kawasan Air Putih di Kemaman, Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukur di Hulu Dungun mula dinaiki air sejak jam 3.00 petang hari ini, Khamis 8 Januari, berikutan hujan lebat yang turun sejak semalam.
Jalan Air Putih – Teadas telah mula ditutup kepaa semua kenderaan kerana jambatan Teladas telah dinaiki air sedalam 0.8 meter.



Begitu juga jalan Lubuk Lesong ke Pelantoh, di Kampung Pelantoh yang telah dinaiki air sedalam 0.4 meter.
Sementara itu seramai 25 orang telah dipindah di Kampung Pengkalan Kubu, DUN Kijal.
IMG-20150108-WA0039
Seramai 25 orang telah berpindah ke pusat perpindahan banjir berek pegawai dan pusat perpindahan balai JKKK di kampung yang sama.
Manakala Kampung Rasir Raja dan Kampung Shukur di Hulu Dungun, yang penduduknya belum sudah membersihkan rumah mereka, turut dilimpahi air.
Laporan bilik gerakan banjir negeri Terengganu mencatatkan tiga buah sungai telah melimpah dan melepasi paras bahaya.
Sungai Besut di Jambatan Keruak sedalam 36.1 meter melebihi 1.6 meter dari paras bahaya, sungai Dungun di Kampung Pasir Raja sedalam 38.08, melebihi 1.3 meter paras bahaya dan sungai Kemaman di jambatan Air Putih sdalam 14.12 melebihi 0.12 meter paras bahaya.
Di seluruh negeri Terengganu, 11 Kawasan telah mencatatkan ukuran hujan lebat melebihi 60mm sejak semalam.

Tiada ulasan:

Pecutan Akhir Persiapan HARAP 3.7

Oleh : Khairul Nizam Abdullah SETIU - Persiapan terakhir bagi menjayakan program Himpunan Harapan Semua (HARAP) - PGU 3.7 Setiu sedang ...