
Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah bagaimana pun meminta maaf kepada kepada semua pengunjung HARAP 3.1 dan jiran-jiran sekitar tapak Himpunan tu yang mungkin agak terganggu.

“kami ingat (kesan pertandingan) CubCross tidaklah (debunya) sampai macam ribut padang pasir kita ingat sikit-sikit gitu je,
“tapi mujur juga (jadi promosi) kerana orang Tanya kenapa berdebu sangat ni……..jadi semua orang pakat mar (nak tengok),”ujarnya ketika berucap pada majlis ringkas penyampaian hadiah kepaa pemenang.

“In Shaa Allah apa yang kita lakukan ini mudah-mudahan dengan kesabaran tuan-tuan untuk menyertai dan menjayakan program ini dirakamkan oleh Allah sebagai (amalan baik),
“untuk kita sama-sama menguatkan ibadat kepada Allah dan mentautkan ukhuwah di kalangan kita,”jelasnya.
Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Presiden Alternative Riding Club (ARC) Malaysia yang baru dilantik Wan Ahmad Ridhwan Wan Husssin.

Ahmad Kamarul Munir Abdul Rashid, pelumba dari Hulu Terengganu memenangi tempat pertama pertandingan diikuti oleh pelumba dari Kemaman Mohd Alwi Mamat di tempat kedua.
Manakal tempat ketiga adalah Taqiyuddin Jamaludin dari Kuala Nerus dan Wan Mohd Nasiruddin Ismail, juga dari Kuala Nerus memenangi tempat ke empat.
Ulasan