
Bukan sahaja ia ‘rosak teruk’ kerana di landa bah besar pada akhir tahun lalu, tetapi hancur kerana ‘ketelusan’ dan unsur-unsur penyelewengan yang berlaku semasa pembinaannya.
Jalan raya pakej pertama sepanjang 10 km yang mula dibina pada pertengahan tahun 2012, belum sempat dirasmikan, telah terputus akibat hakisan air sungai, gelombang banjir musim tengkujuh.

“mana boleh jalan begini mahal dibuat hanya dengan letak dua butir ‘culvert’…………tak munasabah langsung…….kalau jalan kampung tak apa, jalan ni jalan antarabangsa,
“kemudian yang mengalir dibawah tu sungai tu……….orang buat lebuh raya tengok………lopak pun buat ‘gertak’ (jambatan) macam dekat Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) tu,”ujarnya.
Beliau berkata, apabila musim tengkujuh baru-baru ini, hujan lebat yang berterusan telah mengalirkan air yang banyak dan deras, ‘menghentam’ jalan itu menyebabkan ia rosak teruk.

“tidak ada sebab jalan baru boleh rosak dengan begitu cepat, kecuali ada ‘ada udang sebalik batu’,”telah beliau.
Sementara itu, seorang ‘kontraktor’ binaan Abadullah Ghazali, 45, mempertikaikan rekabentuk jalan raya tersebut.
Katanya dalam keadaan serba canggih dan moden sekarang ini, sepatutnya pihak berkuasa sudah menjangka bagaimana binaan yang harus dibangunkan untuk menghadapi sebarang perubahan suaca.
“saya tak pasti macamana dia boleh bina ‘culvert’ untuk jadikan jambatan, sepatutnya sebelum dibina pihak yang bertanggungjawab boleh mendapatkan maklumat,

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Hulu Besut, Shalahuddin Jaafar mendesak pihak berkuasa membuat siasatan terperinci tentang perkara tersebut.
Katanya, apa yang dilakukan perlu di buat adalah bedah siasat (post mortem) dari apa yang telah berlaku dan diambil tindakan.
“kita menggesa pihak kerajaan agar membuat siasatan lanjut, bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat dan mesti dipertanggungjawabkan,
“jadi kena diambil perhatian,”ujarnya ketika ditemui mengadakan lawatan ke kawasan tersebut.
Ulasan