Limau Mandarin Lambang Kasih Sayang


IMG-20150127-WA0043KUALA TERENGGANU – Menjaga hubungan antara kaum dalam negara kita ini amat dititikberatkan dalam kelompok masyarakat majmuk.
Itu kupasan dari pertemuan dengan Ahmad Ahli Parlimen Kuala Terengganu YM Raja Dato’ Kamarulbahrin Raja Ahmad ketika membincangkan tentang sambutan tahun baru cina bersama wakil-wakil DUN di dalam Parlimen Kuala Terengganu.


“PAS amat menekankan tentang hubungan antara kaum.apatah lagi mereka ini bertahalluf siyasi dengan kita. Amat tepat sekali kita meraikan hari kebesaran mereka dengan agihan limau mandarin kepada seramai 2000 penerima sekitar Kuala Terengganu.”ujarnya.
Katanya, program yang akan berlangsung pada 13 Februari depan adalah sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Beliau berharap dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum terutama rakan dalam Pakatan Rakyat.
IMG-20150127-WA0042Raja Kamarulbahrin akan di bantu oleh Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Kuala Terengganu yang di ketuai oleh Haji Lamree bin Muhamad.
Dalam perbincangan tersebut Hj Lamree menegaskan, program sumbangan limau mandarin sempena tahun baru cina ini merupakan program tahunan PAS Kawasan Kuala Terengganu.
“program ini di harap dapat menarik lebih ramai pengundi cina mendekati PAS dan seterusnya menyokong PAS dalam pilihanraya akan datang,”kata Haji Lamree.
Parlimen Kuala Terengganu di bawah Raja Dato Kamarulbahrin kerap mengziarahi kaum tionghua yang kematian mahupun bersama dalam program santai mereka di Kampung Tiong dan tempat-tenpat lain.
beliau turut di temani isteri beliau To’Puan Norillah Mohd Salleh dalam program ziarah dan keraian.
Program Sumbangan ini juga turut di bantu oleh Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Jefry Chua.
“saya berstuju dan amat sukacita program ini di jadikan program tahunan PAS…….program sebegini cukup bagus sebagai meraikan walaupun sekadar memberikan mereka limau,
“kerana limau itu sendiri melambangkan kasih sayang dan kejayaan,”kata Jefry yang di temui di pejabat Ahli parlimen Kuala Terengganu.

Ulasan