
Ketua Penerangannya, Puan Maznah Muftahuddin berkata, ‘himpunan kilat’ itu akan diadakan di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu bermula jam 3.00 petang, Khamis (hari ini) 15 Januari.
Menurut edaran kepada media, Muslimat Terengganu menyifatkan kejadian terbaru melibatkan kumpulan K-Pop B14G sebagai bencana kepada Malaysia, yang mencemarkan maruah dan akhlak remaja Islam.

“bagaimanakah kita mahu memperahankan ‘kesucian’ peribadi mereka sedangkan kerajaan Malaysia yang membenarkan penganjuran konsert itu,”selar Muslimat.
Sebelum ini, kerajaan juga terpalit dengan isu Kementerian Beliau dan Sukan yang membelanjakan RM1. Juta dari dana rakyat untuk membawa sebuah kumpulan juga dari Korea.
Malangnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Menteri berkenaan mempertahankan bayaran jutaan ringgit kepada artis Korea semepan asambutan hari belia pada tahun lalu.
“kerajaan Malaysia sepatutnya berusaha membina jati diri, akhlak belia dan remaja muslim dengan ilmu dan ajaran Islam,
“bukan memusnahkan dan meranccakkan keruntuhan moral dan gejala sosial yang kian parah,”tegas Muslimat.
Muslimat juga menuntut kerajaan Malaysia menghentikan semua paparan yang melibatkan ‘aksi peluk’ lelaki dan wanita bukan muhrim dalam sebarang filem dan drama yang diterbit serta disiarkan untuk tontonan umum khalayak Malaysia.
Ulasan