
Nisa’ daerah Kemaman, telah meraikan mereka dalam program ‘Small Kidness – Back To School’, membeli pakaian dan peralatan sekolah yang baru.
Ketua Nisa’ Kemaman, Nor Arbaeiyah binti Wahab berkata, pelajar-pelajar terpilih itu telah dikumpulkan dan dibawa ke satu pusat membeli-belah di bandar Chukai.
“12 daripada 50 orang pelajar itu adalah mangsa rumah yang roboh dipukul ombak di Kampung Kuala Kemaman, dan selebihnya adalah anak yatim dan fakir miskin,
“dengan ditemani oleh ahli-ahli Nisa’ (mereka) membeli pakaian dan peralatan sekolah……… Selepas penat membeli-belah…….mereka dijamukan pula makan tengahari sebelum dihantar pulang,”ujarnya ketika ditemui .
Menurutnya, mereka yang dipilih datang dari kampung Paya Berenjut, Batu 3, Pasir Gajah, Seberang Tayor, Dadong, Air Putih dan Felda Cherol.

Justeru itu, beliau menyeru dan berharap, lebih banyak individu ‘muhsinin’, badan korporat, ahli perniagaan dan para dermawan yang tampil memberikan sumbangan.
“saya harap mereka yang prohatin di luar sana dapat menghulurkan sumbangan supaya program seperti ini dapat diteruskan dan dijadikan program tahunan Nisa’ Kemaman,”jelasnya
Disamping itu, beliau juga mengharapkan badan-badan NGO lain turut serta memberi perhatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik, agar dapat mengurangkan bebanan kehidupan keluarga mereka.
Ulasan