PAS Hulu Besut Perlu Sumbangan Untuk Bina Semula Kehidupan Mangsa Banjir

Screenshot (559)BESUT – PAS telah mengambil inisiatif membantu mangsa banjir dengan mengagihkan keperluan hidup seharian dan membina semula rumah mereka yang musnah oleh musibah itu baru-baru ini.
Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Hulu Besut Sahalahuddin Jaafar berkata, sebuah rumah baru akan dibina di Kampung Sungai Lah dan sekurang-kurangnya dua buah rumah di kampung La perlu kepada pembaikian.



20150115_151153Beliau berkata, sebanyak 400 buah rumah telah menerima agihan barangan keperluan seperti beras dan gula.
“Baru ini pun, kita sudah ziarah 400 buah rumah lebih di Hulu Besut ini, untuk kita sampaikan sumbangan-sumbangan. Tahun ini murah rezeki sikit, ramai yang bagi sumbangan yang boleh diagihkan.
“Hari tu kita (sudah selesai) pusingan agihan beras ada lagi lebih seratus (kampit yang akan diedarkan),”ujarnya di kampung Dalam Bekok dekat Felda Tenang di sini pada Khamis 13 Januari.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Cikgu Solah’ berkata demikian kepada 12 orang penduduk yang menerima agihan dapur gas.
Timbalan Yang Dipertua PAS Besut itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin khususnya kepada Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang telah berusaha mendapatkan sumbangan sebanyak 30 buah dapur gas untuk diagihkan kepada penduduk kampung.
IMG-20150115-WA0100 (2)Menurutnya seluruh Kampung Dalam Bekok di tenggelami air selama empat malam dan manakala penduduk kampung La empat kali dilanda banjir, yang disifatkan terburuk sejak tahun 2000.
“dia (KAMI) telefon dia cakap ada dapur 30 butir…….. kita (saya) cakap, bawak sahaja sini, kita ada mangsa banjir. Tempat lain ada bunyi dapat sudah dapur-dapur ini,
“tapi sini (kampung Dalam Bekok) tak ada. jadi kita bawa ke sini petang ini, untuk 12 rumah yang boleh ganti dapur yang buruk. Saya bagi pihak semua, terima kasih banyak-banyak,”tambahnya.
Beliau berkata, sebuah rumah di pinggir sungai Lah terpaksa dialihkan kerana sungai tersebut telah menghakis tebing dan menjadikan rumah penduduk terbabit kini terletak hanya 10 meter dari sungai.
20150115_155946 (2)“In sha Allah, kita akan cuba untuk mengumpulkan dana sebanyak RM10,000 bagi membina rumah tersebut dan kita sudah minta dia supaya ratakan tanah untuk tapak baru di kawasan yang lebih tinggi,
“dua buah rumah lagi, di Kampung La, perlu kepada pembaikian kerana dindingnya pecah akibat arus banjir yang deras dan kedudukan rumah itu telah beralih dari tempat asal,”jelas beliau.
Oleh itu, beliau menyeru kepada mana-mana pihak yang prihatin agar bapat menghubungi beliau selaku Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Besut, untuk menyalurkan sebarang sumbangan, samada wang ringgit atau pun bahan binaan.

Ulasan