PAS Terengganu Sumbang 70 Set Pakaian Sekolah Setiap Kawasan Parlimen


IMG-20150108-WA0077KUALA TERENGGANU – PAS Prihatin kepada nasib para pelajar yang kurang bernasib baik, apatah lagi yang berstatus anak yatim.
Oleh itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) bermurah hati menghulurkan sumbangan ‘set pakaian’ sekolah kepada mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan sumbangan PAS Terengganu itu.


IMG-20150108-WA0080“terima kasih kepada PAS negeri………dengan sumbangan melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasayarakatan ini dapat mengurangkan beban penjaga anak-anak yatim dan mereka yang susah dan miskin,
“bagi pihak DUN Wakaf Mempalm saya sekali lagi ucapkan terima kasih,”ujarnnya.
Beliau berkata demikian ketika bersama-sama anak-anak tersebut membeli belah di kedai pakaian al-Auladi, dekat sini semalam Khamis 8 Januari.
Melalui program PRIHATIN anjuran Lujnah terbabit seramai 70 pelajar dalam kawasan Kuala Terengganu mendapatkan pakaian sekolah mereka di kedai-kedai terpilih.
Sehubungan itu, tiada perasaan yang dapat digambarkan dan yang lebih mengembirakan bagi seorang pelajar yang memasuki sesi baru persekolahan dengan berpakaian serba baru.
Seorang pelajar perempuan Muliyani Maliki, 10, yang belajar di tahun 4 Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui.
IMG-20150108-WA00761“pakaian baru ni buat saya suka sangat,”kata beliau, seorang anak yatim yang kehilangan ayah ketika berumur 9 tahun akibat kemalangan jalanraya.
Manakala seorang ibu melahirkan rasa sukacita dengan pemberian PAS itu.
“terima kasih atas sumbangan pakaian ini,walaupun lambat menerimanya……..saya bersyukur sangat anak saya ke sekolah dengan serba baru,” Puan Zainon Othman ibu kepada 12 orang anak.
Menurutnya, suami belaiu yang bekerja sebagai penjaja ikan bermotor hanyalah mampu menyediakan keperluan ‘ala kadar’ buat anak-anak.
[Gambar – YB Hj Wahid Dan isteri Hajah Wan Fatimah sempat menyantuni ibu bapa yang hadir mencuba pakaian anak anak mereka]
Rata-rata berterima kasih pada PAS yang prihatin nasib golongan marhaen ini.
Program PRIHATIN ini adalah cetusan idea Dr Azman Ibrahim yang juga Ketua Lajnah Kebajikan BPPNT dalam meringankan beban keluarga pelajar pelajar miskin.

Ulasan