10 Januari 2015

PAS Turut Agih Bantuan Musim Tengkujuh Kepada Nelayan dan Penoreh Getah

IMG-20150107-WA0038 (2)DUNGUN – Nasib golongan nelayan dan penoreh tidak jauh bezanya dengan mangsa banjir pada musim tengkujuh ini, bahkan mungkin lebih ‘parah’ kerana mereka tidak tidak dapat turun ke laut atau pergi ke bukit untuk mengutip getah.
Sejak hujan mula turun pada bulan Oktober lalu, kebanyakan mereka menjadi ‘penganggur’ bermusim sekurang-kurang dalam tempoh waktu tiga hingga lima bulan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, walaupun golongan tersebut mungkin tidak dilanda musibah banjir, namun nasib sesetengah merek lebih teruk terjejas.
Oleh sebab itu, beliau turut memberikan bantuan kepada mereka sebagaimana bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir.
“kita beri bantuan musim tengkujuh (kepada nelayan dan penoreh getah) di mana nelayan tak dapat pergi (ke laut) dalam musim ni dan penoreh tak dapat menoreh,
“walaupun dia (mereka) tak kena banjir tetapi dia tak boleh pergi ke laut. Jadi kita bercadang untuk memberi sumbangan macam kita beri sumbangan kepada mangsa banjir,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Burung Baru, dekat sini pada Khamis 8 Januari.
Screenshot (539)Menurutnya, antara kampung-kampung nelayan dalam DUN beliau adalah Seberang Pintasan, Pulau Serai, Batu Tiong dan kampung Kuala Abang.
Manakala katanya, penoreh getah bertumpu di kampung Tok Kah dan lan-lain kampung sekitarnya.
Katanya pihak Majlis Tindakan DUN Rantau Abang akan mengagihkan bantuan tersebut bermula pada minggu hadapan.
“Kita jangka kita akan laksanakan minggu hadapan mengikut perancangan (dengan) sumbernya daripada orang ramai juga lah. Ia terbuka sekarang (kepada semua nelayan dan penoreh getah).
“Terbuka untuk (bantuan) bencana (musim) tengkujuh,”tambahnya.
Beliau berkata, golongan tersebut amat memerlukan makanan keperluan untuk meneruskan kehidupan harian mereka.
“Kita akan beri bantuan bentuk makanan. Dia (mereka) memerlukan makanan. Macam (bantuan banjir) ni juga lah, beras, gandum, gula, mi, sardin,”kata bekar pegawai pendidik itu.
Sehubungan itu, kata beliau, hampir RM50,000 dalam bentuk bantauan makanan telah disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh DUN Rantau Abang.
Katanya, seramai lebih 6,000 orang daripada 1,500 keluarga yang dilanda banjir telah dipindahkan sejak gelombang banjir yang pertama pada bulan November lalu.
Dari jumlah itu, beliau telah menziarahi lebih 1,100 buah keluarga dan memberikan sumbangan serta bantuan bagi meringankan beban mereka.
“Hampir RM50,000 (bantuan telah diagihkan). Perpindahan dalam (DUN) Rantau Abang ini dalam (kira-kira) lebih 6,000 lebih (telah berpindah),
“(daripada) keluarga (sebanyak) 1, 585 (dan) yang telah kita ziarah (sebanyak) 1,100 (dan) hari Jumaat ni (kita akan) pergi ke Taman Rakyat (untuk menziarahi) 150 keluarga,”jelasnya.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018