
Sebaliknya Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 mendedahkan, pembaziran terus berlaku akibat pengurusan yang lemah oleh pentadbiran kerajaan.
Antaranya menurut laporan tersebut adalah, pembinaan premis dan jalan di bawah pentadbiran Pejabat dan Majlis Daerah.
Di Setiu, sekurang-kurangnya dua jalan yang dibina oleh kerajaan didapati tidak ‘berguna’ kepada rakyat, yang menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Pembinaan jalan kampung dan jambatan untuk kemudahan penduduk sepatutnya dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung daripada aspek sosial dan ekonomi.
Malangnya dua jalan yang dibina iaitu, Jalan Asas di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Rahmat, Mukim Chalok 1 dan Jalan Kampung Di Kampung Kasar, Langkap, tidak digunakan, walaupun telah siap begitu lama.

Manakala Jalan Kampung di Kampung Kasar, Setiu sepanjang 1 km, siap dibina pada tahun 2011 dengan kos sejumlah RM135,900.
Audit menegur kerajaan negeri agar pelaksanaan projek hendaklah dibuat secara teliti dan berhemah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran, penyelewengan dan pemborosan.
Sehubungan itu, pada pendapat Audit, perolehan yang dibuat tetapi tidak digunakan mengikut tujuan perolehan adalah satu pembaziran.

Projek Pasar Baru Paka bernilai RM9.09 juta telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah siap pada 29 Oktober 2009. Pasar tersebut telah diserah milik kepada MPD pada 12 April 2011. Semakan Audit terhadap fail Pasar Baru Paka dan lawatan Audit mendapati 79 daripada 123 kedai/gerai dan keseluruhan lantai tingkat 2 masih belum dapat disewakan.

Lawatan Audit mendapati, mendapati masih terdapat ruang niaga di Tingkat 1 dan di Pasar Basah yang belum disewakan.
Manakala Audit juga mendapati tunggakan hasil sewaan bagi pasar kering dan pasar basah sehingga 31 Disember 2013 adalah berjumlah RM128,468
Ulasan